• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lynk & Co Mula Teroka Segmen Motosikal, Guna Model Benelli TNT 600

Lynk & Co Mula Teroka Segmen Motosikal, Guna Model Benelli TNT 600

September 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LYNK & Co membuat mengejutkan sektor autmotif dunia apabila mengumumkan peralihan ke industri motosikal, bermula dengan pengenalan model dua roda pertama mereka yang dibina berasaskan Benelli TNT 600.

Syarikat yang ditubuhkan sejak 2016 itu ialah jenama automotif dari China dan Sweden, milik Geely Automobile Holdings serta berada di antara pihak Geely dan Volvo.

BACA >>> China Lancar QJ SRG600 (Benelli 600RR), Guna Platform TNT 600

Model pertama kereta mereka memasuki barisan pengeluaran pada 2017 dan mengetengahkan imej produk premium Eropah dan berkongsi banyak komponen serta ciri mirip Volvo.

Selepas Lynk & Co mencatat kejayaan dengan pembabitan World Touring Car Championship, firma itu kini mahu meneroka segmen roda dua. Bagaimanapun, motosikal yang diketengahkan itu belum diberi nama rasmi.

Sebagai permulaan, firma itu memulakan aktiviti dengan penjenamaan semula (rebadge) model naked Benelli TNT 600 sebagai sebahagian usahasama membabitkan Geely dan QJ Motor.

Khabarnya, Geely ada membeli pegangan besar dalam syarikat Qianjiang pada 2016 dan Qianjiang sebenarnya sudah memiliki jenama Benelli sejak 2005. Ini bermaksud, Benelli dan Lynk & Co dimiliki firma sama.

Berdasarkan foto, tiada perbezaan ketara pada model motosikal Benelli selain pemasangan lencana baharu dan skim warna kuning hitam. Buat masa ini, model itu ditawarkan kepada pelanggan di China.

Ini mungkin petanda awal bahawa Lynk & Co sedang menyiapkan strategi untuk menghasilkan motosikal sendiri pada masa akan datang.

BACA >>> Benelli Tornado 252R ABS (2021) Lancar Di China, Harga Cuma RM16k!
BACA >>> Benelli TRK 502 Laris di Itali, Bakal Pintas Jualan Model Advencer BMW
BACA >>> Geely Perkenal Emgrand (2022), Pengganti Paling Ideal untuk Proton Persona?

SUMBER: VisorDown | CycleWorld

Related

794
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 600cc, benelli, Benelli TNT 600, Geely Automobile Holdings, naked bike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my