• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RMK12: Pertingkat Pengangkutan Awam, Sambung ECRL, Perkenal Mobiliti Rendah Karbon

RMK12: Pertingkat Pengangkutan Awam, Sambung ECRL, Perkenal Mobiliti Rendah Karbon

September 27, 2021 By Han Othman Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN merancang menambah baik infrastruktur pengangkutan untuk menyediakan mobiliti penumpang yang lancar sebagai salah satu keutamaan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi meningkatkan jumlah penumpang pengangkutan awam.

Menurut dokumen RMK12 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi, dua strategi akan dilaksana bagi mencapai tujuan itu iaitu:

  • Meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam secara menyeluruh.
  • Menggalakkan perubahan tingkah laku daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Antara strategi mahu dilakukan adalah kebolehcapaian kepada pengangkutan awam secara menyeluruh dengan menyepadukan pelbagai mod pengangkutan dan menggalakkan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Inisiatif itu akan memastikan ketersambungan antara mod pengangkutan yang lebih berkesan selain meningkatkan kecekapan mobiliti dan ketersambungan, sekali gus mengurangkan kebegantungan kepada kenderaan persendirian, meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.

BACA >>> Kerajaan Lanjut Had Usia Pengangkutan Awam Setahun Lagi, Tapi Masih Kena Ujian Puspakom

RANGKAIAN REL, JALAN RAYA BERSEPADU

Selain itu, rangkaian rel dan jalan raya akan disepadukan bagi menyediakan ketersambungan lebih baik antara lapangan terbang, pelabuhan, kawasan perindustrian dan bandar. Pada masa sama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan disambungkan rangkaian rel sedia ada.

Langkah sambungan itu akan membolehkan akses lebih baik ke lapangan terbang sedia ada dan melengkapkan rangkaian jalan raya di Pantai Timur, sekali gus meningkatkan penumpang pengangkutan awam darat, udara dan pergerakan kargo.

Kerajaan juga akan memperkenalkan sistem pengangkutan alternatif berasaskan komuniti yang mampu bayar, dan salah satu pilihan ialah sistem dial-a-ride, iaitu perkhidmatan berasaskan panggilan telefon untuk komuniti yang tiada kemudahan pengangkutan konvensional.

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?
BACA >>> #SembangDeras: Sebuah Kisah Tentang Bagaimana Lebuh Raya Mampu Bangunkan Ekonomi

Perubahan tingkah laku daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam juga akan digalakkan bagi mendorong penggunaan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama.

Kerjasama pihak berkuasa akan dieratkan bagi memastikan penguatkuasaan berkesan ke atas kemasukan kenderaan persendirian ke pusat bandar. Mod pengangkutan bersesuaian akan dikenal pasti untuk dipadankan dengan pola pergerakan rakyat bagi menggalakkan perubahan tingkah laku.

Menurut dokumen itu lagi, Blueprint (Rangka Tindakan) Mobiliti Rendah Karbon akan dilaksanakan untuk meminimumkan corak pergerakan yang tidak mampan, iaitu dalam sektor penerbangan dan antara pelan tindakan adalah membangunkan standard bahan api lebih bersih.

Pada masa sama, standard bahan api itu juga mematuhi Skim Pengurangan dan Pengimbangan Karbon untuk Penerbangan Antarabangsa (CORSIA) yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Bagi sektor pengangkutan darat, penggunaan kenderaan alternatif rendah karbon seperti kenderaan cekap tenaga, hibrid dan elektrik akan digalakkan.

BACA >>> China Debut Kereta Api Terpantas Dunia, Kelajuan Cecah 600kmj!
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat

SUMBER: Bernama

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Mobiliti Rendah Karbon, pengangkutan awam, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), RMK12

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev