• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Krisis Semikonduktor: Industri Automotif Dijangka Rugi RM878 bilion Tahun Ini

Krisis Semikonduktor: Industri Automotif Dijangka Rugi RM878 bilion Tahun Ini

September 27, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

MASALAH kekurangan cip semikonduktor masih memberi impak berterusan dalam sektor automotif dan firma konsultan, AlixPartners menganggarkan industri bakal kerugian tidak kurang AS$210 bilion (RM878 bilion) tahun ini. Jumlah pengeluaran kenderaan pula dianggarkan susut 7.7 juta unit.

Sebelum ini, AlixPartners pernah membuat ramalan pada bulan Mei 2021 bahawa isu kekurangan cip semikonduktor bakal mengakibatkan kerugian AS$110 bilion (RM460 bilion) dan penurunan pengeluaran kenderaan sebanyak 3.9 juta unit.

BACA >>> Krisis Cip Semikonduktor, Giliran Ford Pula Tutup Kilang

Ketua Global Bersama Amalan Industri dan Automotif AlixPartners, Mark Wakefield menyatakan:

“Sudah tentu semua orang harap krisis cip akan berkurangan tetapi malangnya, kejadian yang tidak dapat dielakkan seperti perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 di Malaysia dan masalah berterusan di tempat lain memburukkan lagi keadaan.”

Pengarah Urusan Amalan Industri dan Automotif AlixPartners, Dan Hearsch pula menyatakan sebenarnya tiada lagi ‘penyerap hentak’ dalam industri yang memburukkan lagi impak kekurangan bekalan.

“Sebarang kekurangan atau gangguan pengeluaran di mana-mana bahagian di dunia akan memberi kesan kepada syarikat-syarikat di seluruh global. Kini, kesan berganda berlaku disebabkan semua masalah kekurangan bekalan lain.”

Hampir semua pengeluar kenderaan masih bergelut dengan masalah kekurangan bekalan dan kerap mengumumkan pelan untuk penutupan sementara kilang pembuatan di serata dunia.

Semasa Pameran Motor Munich, Ketua Eksekutit Daimler, Ola Kallenius pernah menyatakan industri mungkin akan terus mengalami masalah kekurangan semikonduktor sehingga 2023.

BACA >>> Krisis Cip Semikonduktor: Land Rover Hentikan Pengeluaran di Slovakia
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Masalah Cip Semikonduktor: Nissan, Mazda Tutup Kilang Sementara di Jepun
BACA >>> Perodua Catat Jualan 6,988 Unit Kenderaan Pada Ogos 2021, Operasi Semakin Pulih

SUMBER: Carscoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AlixPartners, Cip Semikonduktor, Dan Hearsch, Mark Wakefield, Ola Kallenius, Pameran Motor Munich

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev