• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMoto Tunggu Masa Lancar Trio 300cc, Bakal Masuk Pasaran Eropah

CFMoto Tunggu Masa Lancar Trio 300cc, Bakal Masuk Pasaran Eropah

September 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR motosikal dari China, CFMoto kini bersiap sedia memperkenalkan barisan siri 300cc yang terdiri daripada tiga model berikutan tular foto dokumen kelulusan jenis kenderaan sebelum ini.

Menurut laporan, 300 CL-X akan menyertai roadster naked versi kemas kini, 300NK dan sport bike 300SR-R.

BACA >>> CFMoto 300SR (2021) Lancar di Filipina dengan Warna Baharu, Harga RM13.9k
BACA >>> CFMoto MT800 (2021) - Model Advencer Enjin KTM, Spesifikasi Penuh Masih Rahsia

300 CL-X
300 CL-X
300NK
300NK

Semua model meminjam teknologi sportbike fairing penuh 300SR yang dilancarkan sekitar awal tahun ini, dijana enjin silinder tunggal 292cc berkuasa 28hp @ 8,750rpm, dan tork  13.8Nm @ 7,250rpm.

300 CL-X mendapat unit lampu depan bulat dan tangki minyak rekaan sama seperti varian kapasiti besar, 700 CL-X serta bar hendal lebar dan tinggi.

Rekabentuk 300NK pula mewarisi DNA model 1,000cc, V.02-NK yang pernah ditayangkan CFMoto pada  2017. Model ini menggunakan unit lampu dan ekor belakang model terdahulu, tetapi menerima tangki dan panel sisi baharu. Bahagian roda diambil daripada  300SR.

300SR-R

Model lebih sporty, 300 SR-R pula dipasangkan swingarm sebelah dan ditambah sepasang winglet untuk menyerlahkan gaya dan fungsi aerodinamik.

Semua model siri 300cc itu dijangka dilancarkan di Eropah tidak lama lagi pada harga anggaran seperti berikut:

  • 300NK dan 300 CL-X - tidak lebih £4000 (RM22,970)
  • 300SR-R - sekitar £4500 (RM25,845), lebih mahal daripada model SR semasa, £3,899 (RM22,390).

BACA >>> Roadster Ranggi - CFMoto 700CL-X Heritage Kini di Malaysia! Harga RM28.8k
BACA >>> CFMoto Persiap Sportbike 250SR-R Baharu dengan Swingarm Sebelah, Winglet
BACA >>> CFMoto 300GT-E - Motosikal Elektrik untuk Polis yang Boleh Ditunggang Sejauh 150km
BACA >>> CFMoto Perkenal Skuter Elektrik Zeeho Cyber Concept dengan Hayat Bateri 3 Juta Kilometer
BACA >>> #EICMA2019: CFMoto 300 SR dan 300NK, Sportbike Alternatif Sentuhan Firma Eropah!

SUMBER: MCN

Related

160
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 300cc, cfmoto, CFMoto 300 CL-X, CFMoto 300NK, CFMoto 300SR-R, Motosikal China, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev