• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / GPX Thailand Lancar Demon GR200R dengan Enjin Dipertingkat, Harga RM10.2k!

GPX Thailand Lancar Demon GR200R dengan Enjin Dipertingkat, Harga RM10.2k!

September 24, 2021 By Shawkath 1 Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GPX Thailand memperbaharu saingan sportbike 200cc dengan pengenalan Demon GR200R versi dipertingkat (facelift) membabitkan trenkuasa dan seragam baharu.

Ada tiga warna pilihan disediakan: White Volpe Rossa (merah putih), Black Onyx Hypersport (hitam kelabu) dan Yellow Puffer Roccia (kuning kelabu).

Berikut perincian Demon GR200R (2022) facelift:

BACA >>> GPX Malaysia Lancar Sportbike Demon GR200R (2021), Harga RM11.3k!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

HARGA

  • Harga jualan asas ialah 81,500 baht (RM10,220).
  • Jika beli sepanjang tempoh promosi, harga ditawarkan ialah 79,800 baht (RM10,010), termasuk pendaftaran. Promosi bermula hari ini hingga 31 Oktober nanti yang dihadkan kepada 64 unit sahaja.
GPX GR200 4 INJAP - 16
GPX GR200 4 INJAP - 17
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 198cc SOHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) yang dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Angka tork kini 17.5Nm, meningkat daripada 17.2Nm sebelum ini. Model sebelum ini cuma menggunakan 2-injap, manakala tiada data kuasa didedahkan.
GPX GR200 4 INJAP - 15
rear-light
  • Dilengkapi lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu signal belok dan lampu belakang, termasuk lampu siang (DRL) jenis tirus.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?

  • Mengekalkan rekabentuk agresif seperti model terdahulu pada setiap sudut badan motosikal. Saiz tangki minyak kini 11 liter.
  • Panel meter digital LED memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, bar petrol, suhu enjin, jam, trip perjalanan dan posisi gear semasa.

  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) dan monoshock YSS prabeban boleh laras 7-tetapan multilink. Rantai jenis DID 428 o-ring dengan sproket 16 (depan) dan 46 (belakang).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

discbrake-front
discbrake-rear
  • Bahagian roda menggunakan brek cakera tunggal 276mm dengan kaliper dwi-piston di depan, dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).

BACA >>> Brek Cakera vs Brek Dram - Ketahui Fungsi dan Mana Satu Lebih Baik

tank
seat
  • Rim sport 17 inci dibalut tayar 100/80 (depan) dan 140/70 (belakang) jenama IRC RX 01.
  • Tinggi pelana 815mm, berat motosikal 155kg, jarak roda 1,350mm, sama seperti model dijual di Malaysia.

BACA >>> Lori Terbabas Di Lebuhraya NKVE, Pemandu Positif Dadah Methaphetamine
BACA >>> Lebih Banyak Untung Jual Alat Ganti Tiruan Berbanding Dadah
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

SUMBER: GPXThailand

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Demon GR200R, GPX Thailand, GPX Thailand Demon GR200R, roda2, sportbike, Sportbike 200cc, streetbike

Comments

  1. Razali says

    September 26, 2021 at 9:51 AM

    Something good for asian development, can we buy in Malaysia.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev