• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / NTSB: Nak Atasi Maut Jalan Raya Bukan Tumpu Sikap Pemandu Sahaja

NTSB: Nak Atasi Maut Jalan Raya Bukan Tumpu Sikap Pemandu Sahaja

September 23, 2021 By Shawkath Leave a Comment

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BADAN Keselamatan Kenderaan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat (AS) menyarankan pendekatan baharu terhadap keseluruhan sistem jalan raya dan lebuh raya jika mahu mengurangkan jumlah maut akibat kemalangan jalan raya.

Pandangan itu dinyatakan Jennifer Homendy yang baru menggalas tugas sebagai Ketua NTSB. iaitu agensi bebas di bawah Kerajaan AS yang bertanggungjawab terhadap siasatan kemalangan melibatkan pengangkutan awam.

jennifer-homendy-ntsb-usa
ntsb+logo

Beliau percaya pihak Kerajaan dan semua pihak berkepentingan perlu mengambil pendekatan ‘asas pemikiran semula’ tentang keselamatan jalan raya seperti dilakukan sektor penerbangan mengenai keselamatan trafik udara.

BACA >>> Kenapa Banyak Negara Larang Keras Memandu Mabuk?
BACA >>> Dua Maut Dirempuh Pemandu Triton Stoned Ganja Lawan Arus di Lebuhraya Persekutuan


Homendy memiliki pengalaman luas dalam bidang siasatan mendalam membabitkan nahas udara. Beliau juga salah seorang penyiasat insiden kemalangan helikopter yang meragut nyawa bintang bola keranjang, Kobe Bryant.

Awal tahun ini, beliau secara terbuka menggesa Kerajaan dan entiti perniagaan supaya mengubah cara melihat aspek keselamatan jalan raya dan lebuh raya dengan menimbang keseluruhan sistem dan bukan sekadar menumpukan kepada sikap pemandu individu semata-mata.

Kenyataan itu disandarkan kepada konsep ‘pendekatan sistem secara menyeluruh’ dalam sektor penerbangan hingga mencapai sifar kematian pada 2020.

Homendy berkata;

Pendekatan sedia ada yang lebih bertumpu kepada kenderaan dan menghukum pemandu disebabkan kemalangan sebenarnya tidak lagi berkesan. Jika kita mahu capai (kadar kemalangan maut) sifar, kita harus lakukan dengan cara berbeza."

Menurutnya lagi, ‘Pendekatan Sistem Keselamatan’ tidak sepatutnya menumpukan kepada kumpulan pemandu semata-mata, tetapi perlu mengambil kira faktor lain seperti:

  • Rekabentuk lebuh raya yang mungkin menggalakkan pemandu memandu laju.
  • Jualan kenderaan yang direka dengan kemampuan melebihi halaju keselamatan ditetapkan.

AS mencatatkan lebih 38,000 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap tahun dengan lebih 8,700 kematian membabitkan kenderaan bermotor sepanjang tempoh tiga bulan pertama 2021, meningkat 10.5 peratus berbanding tahun lalu, 2020.

BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk
BACA >>> Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar
BACA >>> Polis Cekup Polis Sebab Memandu Mabuk
BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan

SUMBER: MotoPinas

Related

8
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Badan Keselamatan Kenderaan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB), Jennifer Homendy, Kobe Bryant

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev