• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Vinata AeroMobility Bakal Dedah Kereta Terbang Hibrid Buatan India, 5 Oktober Ini!

Vinata AeroMobility Bakal Dedah Kereta Terbang Hibrid Buatan India, 5 Oktober Ini!

September 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

FIRMA Vinata AeroMobility sedang bersiap sedia untuk debut kereta hibrid buatan India yang boleh terbang semasa Pameran Helitech di ExCel London di Britain pada 5 Oktober ini.

Jika semua berjalan lancar, syarikat yang berpangkalan di Chennai itu akan meletakkan India sebagai negara pertama menghasilkan kereta terbang hibrid di rantau Asia.

kereta hibrid terbang india -3
kereta hibrid terbang india -4

Menteri Penerbangan Awam India, Jyotiraditya Scindia sudah bertemu sekumpulan wakil dari Vinata AeroMobility dan memeriksa konsep kereta terbang hibrid itu.

Beliau berkata, jika model konsep itu menjadi realiti, kereta terbang akan digunakan sebagai medium pengangkutan orang dan kargo. Ia juga akan diluaskan kepada perkhidmatan kecemasan dan perubatan.

BACA >>> Dron UTHM Mampu Terbangkan Kargo 200kg, Masuk Rekod Malaysia
BACA >>> Sudah, Kereta Terbang Dah Tak Boleh Terbang?

kereta hibrid terbang india -0
kereta hibrid terbang india -7

Berikut ialah perincian mengenai kereta hibrid terbang Vinata AeroMobility:

  • Kereta hibrid elektrik berstatus kenderaan vertikal berlepas dan mendarat (VTOL).
  • Mampu membawa dua penumpang pada satu-satu masa.
  • Menggunakan sistem 4-rotor (quad) co-axial, lapan motor elektrik BLDC (Brushless DC). Menggunakan bahan api bio untuk menggerakkan motor.
  • Mampu terbang dengan membawa berat maksimum 1,300kg dan terbang selama 60 minit dengan kelajuan maksimum 120kmj.
  • Boleh terbang sejauh 100km tanpa perlu membuat isian semula bahan api. Ketinggian maksimum penerbangan ialah 3,000 kaki.
  • Pengeluar mendakwa jika salah satu rotor gagal berfungsi, unit rotor dan motor lain masih mampu mendarat kenderaan dengan keadaan selamat.
  • Konsep penerbangan alternatif seandainya jalan raya sesak, ruang udara akan jadi laluan perjalanan baharu. Menjimatkan masa dan mengurangkan kesesakan trafik.

Delighted to have been introduced to the concept model of the soon-to-become Asia’s First Hybrid flying car by the young team of @VAeromobility . 1/2 pic.twitter.com/f4k4fUILLq

— Jyotiraditya M. Scindia (@JM_Scindia) September 20, 2021

BACA >>> King Terbang Seberang Longkang, Pemandu Selamat!
BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Akan Terbang Khamis Ini!
BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Sudah 75 Peratus Siap, Dibangunkan Syarikat Tempatan
BACA >>> Aerodyne Group: Bukan Kereta Terbang, Sebetulnya Kereta Konsep Dron

SUMBER: AutoHindustanTimes

Related

198
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jyotiraditya Scindia, Kereta Hibrid Terbang, Kereta Terbang, Roda4, Vinata AeroMobility

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev