• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Elak Hambar, Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP) Mungkin Benarkan Jentera 900cc?

Elak Hambar, Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP) Mungkin Benarkan Jentera 900cc?

September 21, 2021 By Wahid Leave a Comment

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJUARAAN Supersport Dunia (WorldSSP) mungkin melakukan perubahan dengan membenarkan jentera berkapasiti lebih besar untuk bersaing.

Buat masa ini, hanya motosikal 600cc dengan enjin 4-silinder sebaris saja dibenarkan menyertai kejuaraan tersebut. Namun, kebanyakan pengeluar motosikal masa kini sudah mula menghentikan pengeluaran, dan juga tidak begitu berminat menghasilkan model supersport 600cc.

Contohnya, Yamaha sudah menghentikan pengeluaran YZF-R6, dan yang tinggal kini hanya Honda CBR600RR, Suzuki GSX-R600, serta Kawasaki ZX-6R. Fakta itu membuatkan kejuaraan tersebut jadi semakin hambar dan membosankan.

Pengeluar Eropah pula terasing daripada menyertai kejuaraan tersebut kerana cenderung menghasilkan model berkapasiti lebih 600cc. Ini antara sebab segmen motosikal kelas pertengahan (middleweight) hari ini disebut sebagai 800cc hingga 900cc dan bukan lagi 600cc.

Justeru Dorna selaku pemegang hak WorldSSP kini sedang merancang membenarkan penyertaan jentera 2-silinder dan 3-silinder. Namun, kapasiti enjin jentera 2-silinder akan dihadkan kepada 900cc, manakala jentera 3-silinder dihadkan kepada 800cc.

Dorna mengharapkan rombakan peraturan itu akan membuatkan WorldSSP  lebih menarik untuk banyak pengeluar dua roda sedunia.

Di pasaran, ada beberapa model yang boleh menyertai kejuaraan itu seperti Triumph Daytona Moto2 atau Street Triple RS, MV Agusta F3 800, dan Ducati Panigale V2. Namun, Panigale V2 dijana enjin 955cc berkuasa 155hp yang mungkin perlu ditambahkan berat atau dikurangkan rev maksimum kerana enjin jentera lain hanya menghasilkan kuasa sekitar 120hp hingga 130hp.

Apa kata anda?

BACA >>> VR46 Versi Sepanyol? Akademi Vinales Sertai WorldSSP 300
BACA >>> Triumph Daytona Moto2 765 Limited Edition yang Paling Hampir dengan Jentera Lumba

Related

356
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kejuaraan Supersport Dunia (WorldSSP), WorldSSP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my