• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VR46 Versi Sepanyol? Akademi Vinales Sertai WorldSSP 300

VR46 Versi Sepanyol? Akademi Vinales Sertai WorldSSP 300

January 5, 2021 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


AKADEMI pelumba yang ditaja ikon pelumba bukan perkara baharu dalam sukan permotoran. Selain menjadi platform melahirkan bakat-bakat baharu dalam dunia trek, ia juga menjadi medan bagi pelumba yang hendak bersara untuk terus terbabit dalam arena perlumbaan.

Selepas Valentino Rossi menerusi akademi VR46, kini Maverick Vinales turut mempunyai pasukan lumba sendiri dengan Vinales Racing Team yang akan berentap dalam siri Kejuaraan Dunia Supersport 200 (WorldSSP 300) di bawah kendalian bapanya, Angel Vinales.

BACA >>> Kenapa Brek Brembo Vinales Boleh 'Kong'?
BACA >>> Vinales Dedahkan Kenapa Dia Lompat dari M1 Pada Kelajuan 220kmj

Vinales dan bapanya, Angel Vinales.

Program untuk pelumba muda Sepanyol itu menumpukan kepada perlumbaan jentera pengeluaran memandangkan Sepanyol kekurangan pelumba dalam perlumbaan tertentu seperti Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) berbanding pelumba Britain dan Itali.

Jadi bukanlah kebetulan pasukan Vinales Racing Team terbabit dalam padok WorldSBK 2021 yang menyaksikann adik Vinales, Isaac Vinales melakukan debut dalam kejuaraan tersebut bersama Orelac Kawasaki.

Belum ada calon pelumba diumumkan untuk WorldSSP 300, tetapi jentera lumba sudah pun didedahkan, iaitu Yamaha YZF-R3 dengan seragam VRT (Vinales Racing Team) bertemakan helmet 'Top Gun' berserta nama penaja.

Angel Vinales berkata;

Saya sangat teruja. Sudah lama dalam kepala saya untuk memulakan projek seperti ini, ada pasukan sendiri dan beri peluang kepada pelumba muda untuk menunjukkan bakat mereka.

Saya rasa sangat puas hati dengan pencapaian ini dan mahu lihat ke depan untuk memulakan musim 2021 bagi menyaksikan semua yang kami buat dilaksanakan atas trek. Saya hargai semua sokongan dan bantuan mereka yang bekerjasama untuk menjadikan impian ini jadi kenyataan."

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angel Vinales, auto terkini, Isaac Vinales, Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK), Maverick Viñales, Vinales Racing Team (VRT), WorldSSP 300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Lama Perlukan Minyak Enjin Lebih Likat?
  • Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
    Mungkin Beginilah Rupa Perodua Kembara Baharu...
  • #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
    #TahukahAnda: Kenapa Kereta Malaysia Ada Lampu Kabus Belakang?
  • Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran
    Hero - Satu-Satunya Syarikat Automotif India Capai 100 Juta Unit Pengeluaran

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my