• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!

300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!

September 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEMUA 300 unit edisi terhad Acura NSX Type S (2022) habis ditempah dalam tempoh 24 jam selepas sesi debut model tersebut di Minggu Kereta Monterey di California, Amerika Syarikat.

Bukan itu sahaja, ada lebih 100 pelanggan lain pula menyelit nama mereka dalam senarai menunggu dengan harapan ada individu yang tiba-tiba berubah fikiran untuk membatalkan tempahan.

Acura NSX Type S 2022 - 23
Acura NSX Type S 2022 - 22

NSX yang dikatakan model edisi terakhir hanya akan dihasilkan dalam 350 unit dan daripada jumlah itu, Amerika Syarikat menerima peruntukan 300 unit disebabkan itu adalah pasaran sebenarnya NSX.

Tempahan NSX Type S sudah dibuka dengan harga serendah AS$169,500 (RM717,917). Jika anda memilih pakej Lightweight, harga yang perlu dibayar pula adalah AS$182,500 (RM772,978).

Kereta sport hibrid NSX menggunakan trenkuasa 3.5 liter V6 turbo berkembar dengan tiga unit motor elektrik, menghasilkan kuasa 600hp dan 667Nm. Berbanding NSX standard, ada tambahan kuasa sebanyak 27hp dan tork 21.7Nm.

Honda NSX Type S Japan - 7
Honda NSX Type S Japan - 6
Honda NSX Type S Japan - 1

Perubahan itu disebabkan naik taraf mekanikal trenkuasa melibatkan komponen turbo yang diambil dari kereta lumba NSX GT3 Evo yang memberi dos tambahan 6 peratus pada tekanan boost.

Kereta itu menggunakan sistem transmisi klac berkembar 9-kelajuan ditala semula untuk membolehkan penukaran kemasukan gear 50 peratus lebih pantas. Penurunan gear pula lebih baik dengan tambahan ciri Rapid Downshift Mode.

Type S dipasang rim lima jejari desain baharu dan ada pilihan warna  Matte Shark Gray (kelabu) atau Gloss Berlina Black (hitam).

BACA >>> Siapa Sangka Anak Malaysia Ini Ketua Jurutera Honda yang Bangunkan Teknologi Acura
BACA >>> Benarkah Honda Lebih Baik daripada Toyota?
BACA >>> Honda Jepun Tawar 30 Unit NSX Type S, 10 Warna Pilihan, Harga Mula RM1j!

SUMBER: Motor1

Related

236
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Acura NSX, Acura Type S, Honda NSX Type-S, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev