• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu 'Stoned' Lawan Arus Hadap Dakwaan Hukuman Mati, Prosiding Masih Panjang

Pemandu 'Stoned' Lawan Arus Hadap Dakwaan Hukuman Mati, Prosiding Masih Panjang

September 21, 2021 By Wahid Leave a Comment

920
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU Mitsubishi Triton yang menyebabkan kematian dua remaja pada 12 September lalu mungkin berdepan hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh, K Dewaaswin, 24, didakwa di Mahkahamah Majistret Shah Alam, semalam, atas dakwaan memandu melawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga menyebabkan kenderaan pacuan empat roda (4X4) dipandunya bertembung Proton  Wira Aeroback dipandu Nur Afiqah Abdul Karim, 18, dan sepupunya, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, sebagai penumpang.

BACA >>> Dua Maut Dirempuh Pemandu Triton 'Stoned' Ganja Lawan Arus di Lebuhraya Persekutuan

Kedua-dua remaja itu maut di tempat kejadian. Lebih menimbulkan kemarahan umum, Dewaaswin didapati memandu di bawah pengaruh dadah jenis ganja.

Pada 17 September lalu, dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berkemungkinan berdepan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah. Seksyen 302 ialah undang-undang buat mereka yang dituduh melakukan kesalahan membunuh.

triton-lawan-arus-langgar-wira-4
triton-lawan-arus-langgar-wira-5

Namun, pihak pendakwa memohon satu tarikh sebutan semula kes kerana menunggu dokumen seperti laporan Jabatan Kimia, laporan bedah siasat, laporan Puspakom dan lain-lain. Puan Majistret Nur Faizah Abdul Sani menetapkan tarikh 21 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh mengangguk apabila dua kes berasingan dibacakan, dan tidak merakamkan sebarang pengakuan.

Apapun, masih banyak peringkat perbicaraan yang harus dilalui tertuduh sebelum mahkamah membuat keputusan. Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi sebelum dirujuk kepada Mahkamah Rayuan, dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Jika ketiga-tiga peringkat mahkamah ini memutuskan keputusan bersalah terhadap tertuduh, maka rayuan pengampunan terhadap kesalahan akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Agong (YDPA) atau Duli Yang Maha Mulia Sultan (DYMM) atau Yang Di Pertua Negeri (YDP) mengikut di mana kesalahan itu dilakukan.

Keputusan itu dianggap muktamad dan jika hukuman itu dikekalkan, mahkamah akan memerintahkan Jabatan Penjara menjalankan hukuman gantung sampai mati ke atas pesalah. Jadi janganlah terkejut jika kes ini memakan masa yang lama untuk diselesaikan.

BACA >>> Pemandu Triton 'Stoned' Lawan Arus Hadap Dakwaan Seksyen 302
BACA >>> Lagi Kes Pemandu Mabuk Lawan Arus, Kali Ini Di Lebuh Raya KESAS

triton-lawan-arus-langgar-wira-1
triton-lawan-arus-langgar-wira-2
triton-lawan-arus-langgar-wira-3

 

SUMBER: HarianMetro

Related

920
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Triton Lawan Arus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev