PASUKAN lumba MotoGP yang berpangkalan di Malaysia, Sepang Racing Team (SRT) kini dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing.
RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai pasukan independen (bebas) dalam kelas MotoGP bermula musim depan (2022) hingga 2026 yang mana Datuk Razlan Razali kekal sebagai prinsipal.
BACA >>> Superbike Petronas FP1 Dilelong, Harga Bida Kini Cecah RM117k!
BACA >>> PETRONAS sah tamatkan kerjsama dengan SRT dalam MotoGP
Menurut Razlan berkata, RNF MotoGP Racing akan meneruskan perancangan yang terbukti berjaya sebelum ini dengan menaruh harapan tinggi dan akan bekerja keras mencapai sasaran.
“Ia perjalanan bergelora buat kami. Dalam tempoh beberapa bulan, kami melakukan usaha untuk set semula, menjenamakan semula dan melancarkan semula sebagai pasukan MotoGP yang segar dan lebih kuat.
“Berbekalkan pengalaman kami ada dan pelbagai kejayaan masa lalu, kami teruja untuk menyertai musim 2022 dengan penyertaan pasukan lebih kuat,” katanya dipetik MotoGP.com.
Razlan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta (pemegang hak eksklusif pengiklanan dan penyiaran televisyen MotoGP) atas kepercayaan dan keyakinan berterusannya untuk beliau memulakan bahagian kedua ini sebagai pasukan baharu dan bertanding dalam kelas premier MotoGP.
Penjenamaan semula SRT sebagai RNF MotoGP Racing dibuat selepas Petronas danmemutuskan menamatkan kerjasama dalam Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim ini.
Sepanjang kerjasama SRT dan Petronas, pasukan itu mencatatkan kejayaan membanggakan dalam kelas premier pada musim pertama 2019 dengan memenangi kedudukan sebagai Pasukan Bebas Terbaik (Top Independent Team) dan menamatkan kedudukan keempat MotoGP musim itu.
Pada musim 2020 pula dengan dunia berdepan krisis Covid-19, Petronas SRT mencatatkan enam kemenangan untuk menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia dan sekali lagi gelaran Pasukan Bebas Terbaik, manakala Franco Morbidelli meraih Naib Juara keseluruhan.
BACA >>> Joan Mir Juara MotoGP 2020! Julang Suzuki Selepas 20 Tahun!
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?
Leave a Reply