DUCATI pernah menjual Streetfighter beberapa tahun dahulu yang dijana enjin V2, tetapi dihentikan pengeluaran. Namun, Ducati memperkenalkan Streetfighter V4 selepas melancarkan Panigale V4.
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Sudah Ada di Malaysia! Harga Bermula RM115k!
Streetfighter V4 (foto atas) agak popular, tetapi Ducati menyedari harga model itu agak mahal buat sesetengah peminat jenama tersebut. Ada berpendapat Ducati akan membina Streetfighter V2.
BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k
Jadi berita ini pasti sangat diharapkan peminat Ducati. Tambahan lagi dengan tular foto intip yang menunjukkan kelibat Streetfighter baharu sedang ditunggang uji atas jalan. Namun, motosikal ujian itu diselubung rapi hingga tidak menampakkan rekabentuk dan enjin.
Jika benar Ducati membangunkan Streetfighter V2, pengeluar itu sebenarnya sudah mempunyai enjin 2-silinder Superquadro yang sedia digunakan Panigale V2 yang menghasilkan 155hp dan 104Nm. Enjin itu mungkin ditala untuk memberikan tork lebih kuat pada rev pertengahan supaya sesuai dengan kereta jentera.
Selain itu, jika Panigale V2 (foto atas) menggunakan frem jenis monokok, ada kemungkinan Streetfighter V2 dibina berasaskan frem berbeza.
Faktor paling penting adalah harga yang dijangka lebih murah berbanding Streetfighter V4. Jika Panigale V2 berharga RM109,900, Streetfighter V2 pula dijangka lebih murah.
Ducati juga boleh menurunkan lagi harga Streetfighter V2 menerusi penggunaan komponen lebih murah seperti kaliper brek Brembo M4.32 dan suspensi Showa, berbanding kaliper brek Brembo Stylema dan suspensi Öhlins.
Mungkinkah model baharu itu dilancarkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021 nanti?
BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!
BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
SUMBER: GPOne
Leave a Reply