• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Kes Pemandu Mabuk Lawan Arus, Kali Ini Di Lebuh Raya KESAS

Lagi Kes Pemandu Mabuk Lawan Arus, Kali Ini Di Lebuh Raya KESAS

September 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMANDU lelaki yang ditahan kerana memandu kereta jenis Toyota Vios melawan arus di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) tengah malam tadi didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

Lelaki berumur 36 tahun itu disyaki memandu kenderaan dipercayai berwarna emas melawan arus sejauh 3 kilometer iaitu dari susur Bandar Puteri ke Plaza Tol Kota Kemuning.

BACA >>> Kajian: Pemandu Kurang Minum Air Sama Bahaya Macam Pemandu Mabuk

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata lelaki itu didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Beliau menyatakan polis menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah malam berhubung seorang lelaki memandu secara melawan arus di KESAS.

"Suspek dipercayai memandu melawan arus sejauh tiga kilometer (KM) dari susur Bandar Puteri sehingga ke Plaza Tol Kota Kemuning iaitu di KM 23 hingga KM 20 arah Shah Alam.

"Suspek ditahan di lokasi oleh peronda Lebuhraya (EMPV) dan kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan. Hasil ujian mendapati terdapat alkohol dalam badan lelaki itu," katanya.

BACA >>> Langgar Kawat Duri Sebab Mabuk
BACA >>> Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar

Hasil semakan dan pemeriksaan mendapati suspek tiada rekod jenayah tetapi ada tiga rekod saman trafik kerana terlibat dalam kemalangan sebelum ini.

Suspek memberi kerjasama dan dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Aksi kenderaan melawan arus itu tular di media sosial sejak awal padgi tadi. Ada beberapa pemandu lain sempat mengelak kenderaan suspek yang memandu di lorong kanan KESAS.

BACA >>> Pemandu Treler, Kelindan Kena Lauk Sebab Disyaki Mabuk, Langgar Lari 6 Kereta


Sumber: Harian Metro | Facebook JSPTPDRM

Related

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lebuhraya KESAS, Pemandu mabuk Toyota Vios, Shamsul Amar Ramli, Toyota Vios Kesas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev