PENGELUAR telefon pintar premium, Apple menyiarkan dokumen pengguna yang mendakwa kamera telefon iPhone berisiko rosak jika dipasangkan pada motosikal berkuasa tinggi.
Semua enjin kenderaan menghasilkan gegaran, tetapi gegaran enjin motosikal lebih kuat berbanding kereta. Menurut Apple;
Gegaran amplitud tinggi pada frequensi tinggi khusus boleh merosakkan sistem kamera iPhone. Amplitud adalah kekuatan gegaran, manakala frekuensi bermaksud kadar gegaran.
BACA >>> Pemilik BMW Selepas 1 Julai 2020 Boleh Buka Kereta, Hidupkan Enjin Guna iPhone
Kamera iPhone menggunakan sensor giroskop sebagai ciri pengstabilan imej optikal (OIS - Optical Image Stabilization) supaya gambar yang ditangkap tidak kabur. Ini membolehkan iPhone bergerak mengikut sudut giroskop tersebut. Sistem OIS ada digunakan dalam model iPhone 6 Plus, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone SE generasi kedua (2020).
BACA >>> 10 Tip Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Pemegang Fon dalam Kereta
Selain itu, model seperti iPhone XS dan iPhone SE generasi kedua juga menggunakan sistem autofokus litar tertutup (close-loop autofocus) bagi menahan daya graviti dan gegaran untuk imej, video dan panorama lebih tajam.
Sebaliknya, kamera sudut lebar 'Ultra-Wide' untuk iPhone 11 dan model iPhone lebih baharu tidak menggunakan OIS. Ciri telefoto 'Zoom' pada iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus juga tiada OIS.
Masalah itu mungkin timbul apabila iPhone tersebut dipasangkan pada hendal motosikal berkuasa tinggi kerana enjin menghasilkan gegaran kuat pada kadar gegar tertentu. Akibatnya, gambar ditangkap akan jadi kabur. Jadi, Apple mengesyorkan pemilik iPhone memasang telefon pintar mereka itu menggunakan cagak khas (mounting) yang boleh menyerap gegaran.
Menurut Apple lagi, walaupun enjin skuter (atau kapcai) kecil dan tidak menghasilkan gegaran sekuat, tetapi pemilik tetap disarankan memasang iPhone mereka pada pemegang khas yang boleh menyerap gegaran.
Isu berkenaan sebenarnya sudah dikesan beberapa tahun lalu, tetapi Apple mungkin mengambil masa untuk mengkaji aduan dan masalah berkenaan. Tambahan lagi, ada ramai pengguna Samsung Galaxy melaporkan masalah sama. Malah, pengguna telefon Google Pixel juga mengalami isu sama.
BACA >>> GPS Motosikal: Waze vs Google Maps, Mana Satu Terbaik untuk Mat Motor?
Perkara tersebut nyata membimbangkan penunggang masa kini yang menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat navigasi (GPS), terutama kalangan pekerja kurier dan penghantar makanan atau barang, termasuk penggemar aktiviti kembara dan konvoi.
Ini kerana telefon mereka kerap dipasangkan pada motosikal mereka untuk jangkamasa lama. Bagaimanapun, mengikut apa disebut Apple, bukan telefon rosak, tetapi cuma fungsi kamera telefon.
PENYELESAIAN?
Sebenarnya ada beberapa pemegang telefon motosikal yang direka untuk menyerap gegaran seperti QuadLock (lihat video atas). Bagaimanapun, harga ditawakan tidak murah, tetapi masih lagi lebih murah daripada telefon pintar premium yang sangat mahal!
Kami juga berharap pembuat pemegang fon untuk motosikal dapat mengambil berat isuaini.
BACA>>> Kunci Motor GPS Tawar Tambahan Sekuriti Baharu Buat Penunggang
BACA >>> Kes Jenayah Jejas Jualan Moped, Piaggio UK Pula Tawar Peranti GPS Percuma
SUMBER: Apple
Leave a Reply