• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha India Lancar RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP, Harga RM4.5k!

Yamaha India Lancar RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP, Harga RM4.5k!

September 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Motor India (Yamaha India) mengumumkan tawaran satu lagi model edisi khas Monster Energy Yamaha MotoGP ke pasaran negara itu. Apa yang menarik ialah model itu adalah skuter hibrid RayZR 125 Fi Hybrid.

Dipanggil Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition, ia adalah produk ketiga selepas model MT-15 dan FZ25 dalam barisan Yamaha India yang ditawarkan dengan liveri khas MotoGP. Berikut ialah perinciannya:

  • Harga jualan asas model edisi khas di bandar Delhi ialah 81,330 rupee (RM4,592).
  • Badan skuter asal berwarna hitam diberi liveri Monster Energy Yamaha MotoGP pada bahagian sisi dan panel depan. Tona biru turut dikenakan sebagai warna kontra.
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 10
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 8
  • Tiada perubahan aspek mekanikal. Skuter itu masih menggunakan trenkuasa silinder tunggal 125cc dengan Bantuan Kuasa Hibrid (Hybrid Power Assist) dan sistem suntikan bahan api, menghasilkan 8hp @ 6,500rpm dan tork 10.3Nm pada 5,000rpm.
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 9
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 5
  • Skuter itu didakwa menawarkan penjimatan bahan api dan 16 peratus lebih jauh jarak tunggangan serta kuasa 30 peratus lebih tinggi berbanding model 113cc.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Hibrid-Ringan (Mild-Hybrid)?

Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 1
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 2
  • Dilengkapi lampu utama jenis LED, lampu siang dan lampu isyarat membelok LED.
  • Instrumen meter pula adalah jenis digital penuh dan petunjuk serta lampu amaran pula diposisikan di sebelah kanan.
  • Sistem suspensi membabitkan fork teleskopik (depan) dan penyerap hentak tunggal di belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?

Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 3
Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition - 4
  • Skuter ini adalah varian tertinggi dan menggunakan sistem brek cakera pada roda hadapan dengan brek dram di belakang.
  • Sistem henti roda depan mempunyai teknologi Unified Brake System (UBS) untuk meningkatkan aspek keselamatan.
  • Tongkat sisi skuter dipasang sensor untuk mematikan trenkuasa jika gagal dinaikan. Ini satu ciri standard untuk semua produk Yamaha di India.
  • Ruang simpanan seluas 21 liter bawah pelana dan sistem kunci skuter ini adalah jenis multi-fungsi.

BACA >>> Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!
BACA >>> Yamaha India Perkenal FZ25 MotoGP Edition 2021, Harga Mula RM7.7k!

color_04
FZ25_monster

SUMBER: BikeWale

Related

100
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Skuter Hibird, Yamaha Motor India, Yamaha RayZR 125 Fi Hybrid Monster Energy MotoGP Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev