• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / SYM CROX 150 RX Pencabar Skuter Adventure Honda ADV150?

SYM CROX 150 RX Pencabar Skuter Adventure Honda ADV150?

September 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA ADV150 membuka jalan kepada kewujudan segmen skuter adventure 150cc. Langkah itu mengundang minat pesaing lain untuk mencipta produk skuter bercirikan adventure. Antaranya model itu ialah SYM CROX 150 RX.

Bagaimanapun, model skuter ciptaan firma pengeluar motosikal Taiwan dipasarkan secara eksklusif di China buat masa ini. Berikut ialah perincian dikongsi:

SYM CROX 150 RX -15
SYM CROX 150 RX -16

 

  • Trenkuasa digunakan bagi versi 2021 ialah 4-lejang silinder tunggal SOHC 149.6cc 2-injap dengan sistem penyejukan cecair, menghasilkan kuasa 11.1hp @ 8,000rpm dan tork 11.5Nm @ 6,000rpm. SYM Crox RX dikatakan berkongsi trenkuasa 150cc sama seperti model SYM FNX 150.
  • Skuter seberat 123kg ini cuma menawarkan kelajuan maksimum 99kmj. Ketinggian pelana pula 765mm. Kapasiti tangki minyak ialah 6.2 liter.
SYM CROX 150 RX -7
SYM CROX 150 RX -8
  • Mempunyai desain seakan model SYM Jet RX yang dijual di pasaran Eropah tetapi berbeza dari aspek kapasiti enjin. Ada juga dakwaan skuter itu mempunyai lampu utama mirip rekabentuk Yamaha X-Ride versi lama di Indonesia.

 

  • SYM CROX 150 RX -1
    SYM CROX 150 RX -6

    Model baharu menggunakan lampu utama jenis tunggal yang diakui melemahkan karakter lasak berbanding lampu bulat berkembar.

  • Bar hendal dengan konsep seperti street bike membantu memulihkan imej adventure. Model konsep menunjukkan ada komponen gard tangan tetapi tiada kepastian sama ada ditawarkan di pasaran atau tidak.

  • Menggunakan lampu LED penuh dengan rekaan futuristik dan moden pada lampu depan serta belakang. Instrumen meter jenis digital penuh serta ada sambungan USB untuk mengecas peranti.
SYM CROX 150 RX -3
SYM CROX 150 RX -5
  • Sistem suspensi depan kini nampak lebih tinggi untuk menyesuaikannya dengan identiti skuter adventure. Sistem sokongan belakang pula membabitkan absober berkembar boleh laras.
SYM CROX 150 RX -10
SYM CROX 150 RX -4
  • Menggunakan rim saiz 12 inci dengan profil tayar 110/70 (depan) dan 120/70 (belakang).  Sistem henti digunakan adalah jenis cakera dengan sistem brek kombi (CBS).

BACA >>> SYM Jet X 150, Jet 4 RX Lancar di Malaysia Suku Pertama 2021!
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA

SUMBER: WarungSep

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Mforce, roda2, Skuter 150cc, SYM, SYM China, SYM CROX 150 RX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev