• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis: Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Disahkan Positif Dadah

Polis: Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Disahkan Positif Dadah

September 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POSITIF dadah. Demikian laporan berhubung kes seorang pemandu lori yang didakwa merempuh lima kenderaan lain dalam satu nahas jalan raya teruk di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam.

Insiden kemalangan itu tular yang menunjukkan sebuah lori dipandu laju sebelum hilang kawalan dan merempuh lima kenderaan lain iaitu: Perodua Myvi (2 unit), Proton X70, Honda HR-V dan Peugeot 208 FL.

Berdasarkan laporan media tempatan, pemandu lori berusia 25 tahun itu dikatakan memandu lori dari Jalan Duta ke Sentul dan kemalangan berlaku kira-kira jam 2.40 petang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan menyebabkan pemandu Myvi, 45, cedera ringan dan dirujuk ke zon hijau Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 8
Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 6
Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 7

Pemandu kenderaan lain sudah menerima rawatan dan tiada kecederaan serius dilaporkan. Mereka dibenarkan pulang kecuali pemandu lori yang ditahan untuk siasatan.

"Pemeriksaan mendapati, lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika memandu lori namun disahkan positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin hasil ujian saringan air kencing," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang ada sebarang maklumat diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee menerusi talian:

  • 03-2071 9999
  • 03-20260267/69 (Hotline JSPT Kuala Lumpur)
  • Mana-mana balai polis berdekatan

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Treler Langgar Perancah Besi Positif Dadah
BACA >>> Pemandu Volvo Lawan Arus Tak Mabuk, Tapi Ambil Dadah
BACA >>> Treler Bawa Jengkaut Rempuh Jejantas Sampai Nak Roboh di Pulau Pinang

SUMBER: Berita Harian | FB Traffic Info Crew

Related

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dadah dan pemandu, Kemalangan Lori Jalan Ipoh, Pemandu Lori Positif Dadah, Sarifudin Mohd Salleh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev