• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Mahu Fokus Jualan Kenderaan Tenaga Bersih, Kereta Terbang

Hyundai Mahu Fokus Jualan Kenderaan Tenaga Bersih, Kereta Terbang

September 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HYUNDAI mengumumkan misi untuk mencapai status neutral karbon menjelang tahun 2045, menamatkan jualan kenderaan berasaskan enjin pembakaran dalaman (ICE) di Eropah bermula 2035.

Selain Eropah, pengeluar automotif Korea Selatan itu juga ada sasaran untuk pasaran dunia. Mereka mahu mencatat 80 peratus jualan kenderaan sel bahan api elektrik (FCEV) dan kenderaan elektrik-bateri (BEV) menjelang 2040. Ini merangkumi semua produk kenderaan dijual Hyundai.

Secara ringkas, Hyundai sudah bersedia memberi fokus kepada mobiliti bersih, platform generasi baharu dan tenaga hijau. Firma itu komited untuk mengurangkan pelepasan emisi karbon pada kadar 75 peratus (berbanding 2019) dan mencapai status bebas karbon pada 2045.

Hyundai-Motors-At-2021-IAA-Mobilty-3
Hyundai-Motors-At-2021-IAA-Mobilty-15

Strategi Hyundai Capai Misi Bebas Karbon

  • Langkah pertama ialah meningkatkan jualan produk kenderaan bebas emisi (ZEV) merangkumi BEV dan FCEV secara berperingkat-perinkat.
  • Ini akan merangkumi 30 peratus jualan global Hyundai menjelang tahun 2030 dan meningkat kepada 80 peratus pada 2040.
  • Bermula tahun 2035, Hyundai hanya akan menawarkan model BEV dan FCEV di Eropah.
  • Tahun 2040 akan menyaksikan Hyundai menamatkan tawaran semua kenderaan berasaskan bahan api fosil (petroleum) di semua pasaran utama.

BACA >>> Inisiatif Elak Pemanasan Global Masih Gagal Singkir 1 Bilion Tan CO2 Menjelang 2025

Kenderaan Masa Depan

csm_hyundai-prophecy-walkaround-0420-14-1610_73e6a3549f
csm_hyundai-prophecy-walkaround-0420-08-1610_493e2c4c6c
  • Hyundai sudah membuat debut model elektrik penuh Ioniq 5 pada awal tahun ini yang menggunakan platform E-GMP.
  • Mereka juga akan mempertontonkan model sedan Ioniq 6 dan model kenderaan utiliti sukan (SUV) Ioniq 7, kedua-duanya menawarkan jarak pemanduan sejauh 482km.
  • Selain platform E-GMP, Hyundai sudah memulakan kerja-kerja pembinaan platform generasi baharu yang menawarkan fungsi pemanduan autonomi termaju.

BACA >>> Hyundai Ioniq 5 Ini Boleh Cas Guna Tenaga Solar

Teknologi Hidrogen

  • Hyundai ada lebih 20 tahun pengalaman dalam teknologi sel bahan api hidrogen dan mahu mengembangkan trenkuasa sel bahan api untuk semua mobiliti pengangkutan dan aspek kehidupan.
  • Ini termasuk tawaran dan pengeluaran skala besar trak Xcient Fuel Cell (2020) dan bas Elec City Fuel Cell (2021) yang masih dalam fasa ujian di Eropah.
  • Hyundai akan lancar generasi baharu SUV Nexo bersama model kenderaan pelbagai guna (MPV) menggunakan teknologi FCEV menjelang 2023.
  • Selepas 2025, satu lagi model sel bahan api akan diperkenalkan dalam bentuk SUV.

BACA >>> Hyundai, Pelajar Universiti Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Lumba Hidrogen 805hp

Kenderaan Terbang

Model elektrik konsep, Hyundai S-A1
  • Hyundai juga giat membangunkan kenderaan terbang seperti model konsep Urban Air Mobility (UAM) S-A1 yang dipertonton pada 2020.
  • Model pertama elektrik penuh UAM yang direka untuk operasi antara bandar akan dilancarkan pada 2028.
  • Satu lagi kenderaan terbang yang bakal menghubungkan bandar-bandar pula akan diperkenal sekitar tahun 2030-an.
  • Hyundai sedang mempertontonkan rangkaian elektrik di Pameran Motor Antarabangsa Jermna (IAA) 2021 membabitkan model  Ioniq 5 robotaxi dan model konsep Prophecy.

BACA >>> Teksi Udara Hyundai-GM Mula Operasi 2025
BACA >>> Hyundai Rancang Bina Teksi Udara Menjelang 2028
BACA >>> Betul Ke Kos Servis Hyundai Mahal?

SUMBER: Carscoops

Related

75
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Bebas Karbon, Kereta Terbang Hyundai, Pencemaran Udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev