• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG

Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG

September 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MERCEDES-BENZ merupakan antara pengeluar kenderaan yang bergiat aktif memperkenalkan pelbagai model elektrik sebagai pengganti trenkuasa pembakaran dalaman (ICE).

Bermula dengan model EQC pada September 2019, Mercedes-Benz menambah pelbagai produk siri EQ merangkumi EQA hingga ke EQS. Satu-satunya model yang tiada dalam gambaran semasa ialah G Class versi elektrik atau dipanggil EQG.

BACA >>> Mercedes-Benz GLE 450 4MATIC AMG Line (2021) CKD Kini di Malaysia, Harga RM475k!
BACA >>> Depan Rumah Pun Tak Selamat, Mercedes-Benz Kena 'Bogel' Pencuri Profesional

Mercedes EQG 2024 - 1
Mercedes EQG 2024 - 3

Bagaimanapun, situasi itu berubah di Pameran Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2021 apabila Mercedes-Benz memperkenalkan model EQG Concept.

Konsep yang dilihat itu adalah versi yang mirip memasuki kilang pengeluaran dan bakal ditawarkan ke pasaran pada masa akan datang. Model konsep itu dikhabarkan adalah cerminan G-Class elektrik.

Secara asasnya, EQG masih nampak seperti model generasi semasa G-Class dengan desain badan berbentuk kotak serta gaya rugged. Komponen seperti fender besar, lampu utama berbentuk bula dan penutup tayar ganti memelihara sifat rugged kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Wajah depan masih mengekalkan identiti G-Class namun tiada kepastian diberi sama ada gril baharu digunakan itu ada latar pencahayaan. Ini termasuk pencahayaan pada bahagian sisi dan bumbung. Jika ada, ia akan beri nila tambah futuristik pada  EQG.

BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?

Mercedes EQG 2024 - 2
Mercedes EQG 2024 - 0

Penutup tayar ganti di belakang juga ada latar pencahayaan tetapi kotak simpanan itu sudah berubah bentuk iaitu segiempat berbanding bulat. Ini mungkin menadakan kotak simpanan itu mungkin tempat simpanan kabel pengecas pek bateri.  

Meskipun berstatus kenderaan elektrik (EV), bentuk badan berkotak EQG disokong dengan casis frem ladder dan menggunakan sistem suspensi independent (depan) dengan bahagian belakang menerima gandar jenis solid. Tetapan itu memberi kelebihan kepada EQG untuk meredah permukaan bumi mencabar.

Mercedes-Benz tidak mendedahkan maklumat mengenai trenkuasa elektrik, data output mahupun jarak perjalanan. Apa yang dikongsi ialah SUV itu menggunakan empat unit motor yang dipasang pada rodanya.

Khabarnya, setiap motor boleh berfungsi secara bebas dan itu menambah karakter pemanduan unik. Transmisi digunakan pula jenis 2-kelajuan dengan gear pendakian untuk menambah baik prestasi pemanduan off-road.

Perlu ditekankan EQG masih dalam bentuk konsep dan produk akhir mungkin akan menerima perubahan. Mercedes-Benz belum mendedahkan tarikh sebenar pelancaran SUV elektrik tersebut.

BACA >>> Honda NSX Akan Kembali, Versi Elektrik Penuh?
BACA >>> Jalan Raya Magnetik - Pandu Saja Sudah Boleh Cas Bateri Kereta Elektrik
BACA >>> Jika Terlanggar Tiang Elektrik, Lebih Baik Jangan Keluar Kereta
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Warna Papan Tanda Jalan yang Perlu Anda Tahu

Sumber: AutoIndustriya

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: G Class, Mercedes-benz, Mercedes-Benz EQG Concept, Pameran Motor Antarabangsa Jerman (IAA) 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev