• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Tayang Video Acah Z650RS, Dijangka Tampil Bentuk Retro?

Kawasaki Tayang Video Acah Z650RS, Dijangka Tampil Bentuk Retro?

September 7, 2021 By Wahid Leave a Comment

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Kawasaki mengeluarkan video acah dinamakan 'Retrovolution is coming'. Walaupun video itu tidak menunjukan apa-apa motosikal, tajuknya itu memberikan bayangan mengenai model retro klasik moden, apatah lagi dengan kelibat dua penunggang memakai helmet dan jaket retro.

Kini berita itu agak jelas bahawa model dimaksudkan itu ialah Z650RS.

BACA >>> Kawasaki Jepun Umum Skema Warna Baharu Ninja 250, Ninja ZX-25R (2022)

Kawasaki Z900RS SE ini dilihat sebagai bayangan kepada Z650RS baharu.

Desas-desus itu itu disahkan dengan penemuan dokumen kelulusan jenis motosikal (VTA) yang menunjukkan nama jualan 'Z650RS', juga dikenali dengan kod ER650M. Justeru, nama Z650RS adalah merujuk kepada model retro yang kemungkinan besar memiliki rekabentuk seperti Z900RS.

Dokumen itu juga menunjukkan prestasi enjin dengan kuasa 68hp @ 8,000rpm dan tork 64Nm @ 6,700rpm yang jelas menunjukkan ia dijana enjin dua-silinder sebaris yang berada dalam barisan model Z650/Ninja 650.

Kawasaki Z650 sedia ada.

Namun, dimensi badan berbeza daripada Z650. Panjang keseluruhan ditambah 10mm kepada 2,065mm. Lebar hendal juga ditambah daripada 765mm kepada 800mm, manakala tinggian maksimum tanpa cermin pandang belakang bertambah kepada 1115mm. Ketinggian itu membayangkan cara menunggang yang lebih menegak.

Selain itu, jarak roda dikurangkan 5mm yang bermaksud Z650RS itu akan menggunakan sistem suspensi  fork dengan kombinasi absorber belakang berlainan. Berat maksimum Z650RS pula dikurangkan 1kg berbanding Z650.

Kawasaki belum lagi mengumumkan tarikh model baharu akan dilancarkan, jadi teruskan bersama kami.

BACA >>> Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z900RS, dan Z900RS Café (2020)
BACA >>> 8 Fakta Pantas: Kawasaki Z650 (2020) Lancar di Vietnam, RM33.4k Sahaja

teaser-kawasaki-z650RS-1
teaser-kawasaki-z650RS-2
teaser-kawasaki-z650RS-3

Related

352
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Z650RS, naked bike, roadster, roda2, teaser, Video Acah, Video Acah Kawasaki Z650RS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev