Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»8 Fakta Pantas: Kawasaki Z650 (2020) Lancar di Vietnam, RM33.4k Sahaja
Roda2

8 Fakta Pantas: Kawasaki Z650 (2020) Lancar di Vietnam, RM33.4k Sahaja

Brader ShawnBy Brader Shawn08/03/20201 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KAWASAKI Vietnam mengumumkan ketibaan naked bike Z650 (2020), seiring pengenalan sportbike Ninja 650 generasi baharu. Model ini menawarkan saiz keseluruhan hampir sama seperti Ninja 650, tetapi lebih ringan 5kg daripada model fairing itu 188kg.

BACA >>> Kawasaki Ninja 650 (2020) Kini dengan Lampu LED, Skrin TFT Warna Penuh

1. WAJAH SUGOMI DENGAN LAMPU SEMI-LED

Z650 (2020) didatangkan dengan rekabentuk lebih agresif sebagai famili baharu siri Z berkonsepkan Sugomi.

‘Sugomi’ berasal daripada perkataan ‘sugoi’, bermaksud ‘menakjubkan’ atau ‘menakutkan’. Model ini juga dipasang unit spoiler kecil bawah lampu LED depan dan pelindung radiator. Naked bike urban ini dipasangkan lampu utama LED, juga lampu brek jenis LED, tetapi lampu signal belok masih menggunakan mentol halogen.

2. KLUSTER METER LCD PENUH

Kawasaki akhirnya menukar instrumen meter lama kurang mengancam kepada panel LCD berwarna bersaiz 4.3 inci yang lebih moden. Kluster meter ini dilengkapi ciri Bluetooth yang dapat disambungkan kepada telefon pintar. Maklumat dipaparkan ialah posisi gear, halaju tunggangan, suhu enjin, tarikh, masa, dua trip tunggangan, dan voltan bateri.

3. CIRI BREK ABS

Kawasaki menggunakan set brek cakera kembar pada roda depan, setiap cakera bersaiz 300mm, dan brek cakera tunggal pada roda belakang bersaiz 220mm. Kedua-dua sistem brek depan dan belakang dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> Kawasaki Z250 ABS (2019) Kini di Malaysia, Harga RM21,998!!!

4. TAYAR BAHARU

Z650 dipasangkan set tayar Dunlop Sportmax RoadSport 2 (sebelum ini Dunlop Sportmax) yang lebih seimbang antara nilai dan prestasi. Jenis tayar ini menawarkan kualiti pengendalian lebih tajam dan agresif ketika membelok, dan lebih stabil ketika membrek dalam cuaca panas atau hujan.

5. TANGKI MINYAK NINJA 650

Z650 (2020) menggunakan tangki minyak mirip komponen sama seperti Ninja 650 (2020) dengan kapasiti isian petrol hingga 15 liter.

6. PELANA LEBIH TEBAL

Pembonceng Z650 akan lebih selesa di belakang untuk perjalanan jauh yang lama menerusi penambahbaikan pelana belakang lebih lebar dan tebal. Ini memastikan pembonceng lebih selesa, kurang lengguh atau kebas.

Posisi pelana penunggang pula antara paling rendah berbanding model lain dalam segmen 650cc, kira-kira 790mm. Sesuai untuk penunggang berketinggian rendah dan sederhana..

7. KEKAL ‘DUA DAPUR’

Kawasaki masih menggunakan enjin dwi-silinder sebaris 649cc berkuasa kuasa 67.3hp @ 8,000rpm dan tork 64Nm @ 6,700rpm.

Enjin ini menggunakan sistem terotel kembar yang membolehkan enjin memiliki daya pecut lebih pantas dan lancar. Walapun,  tiada ciri Quick Shifter, tetapi model ini dibekalkan Sistem Bantuan Anjakan  dan Klac Anti-Gelincir (A&S).

8. LEBIH MURAH DARIPADA PESAING

Z650 (2020) di Vietnam berharga 187 juta dong (RM33,490), lebih murah hampir 60 juta dong (RM10,740) daripada pesaingnya, Honda CB650R. Namun model lawan itu memiliki enjin 4-silinder , fork terbalik (USD), sistem kawalan traksi Honda Selectable Traction Control (HSTC), dan juga lebih banyak teknologi berbanding Z650.

BACA >>> Honda CBR650R dan CB650R Kini di Malaysia, Harga Bermula RM43k

GALERI

SUMBER: Zing| Kawasaki

Kawasaki Kawasaki Sugomi Kawasaki Vietnam Kawasaki Z650 (2020) naked bike roda2 sportbike Sugomi Vietnam
Brader Shawn

Artikel Berkaitan

Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

11/02/2026

1 Comment

  1. Jan on 09/03/2020 16:20

    Terkilan dgn penurunan kuasa dari model ER6-N, walaupun itu sudah dijangkakan dengan euro5. rasanya kalau nak kekalkan kuasa ditahap yang sama, harga mungkin akan lebih mahal.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.