Toyota Motor Thailand melancarkan Hilux Revo GR Sport (2022) untuk pasaran negara itu yang didatangkan dalam dua varian dengan penampilan sporty GAZOO Racing.
Ini bukan Hilux GR Sport pertama, kerana pernah diperkenalkan pada 2018 dalam unit terhad untuk pasaran Brazil. Bagaimanapun versi Thailand ini sedikit berbeza kerana dibangunkan berasaskan Hilux dipertingkat (facelift) yang dijana enjin turbodiesel lebih berkuasa.
BACA >>> 6 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Toyota Hilux (2020) yang Lagi Power, Lebih Kacak
BACA >>> Toyota Hilux GR Sport Baharu untuk Pasaran Brazil Diperkenal
Berikut spesifikasi Hilux Revo GR Sport (2022) versi Thailand:
- Ini ialah Hilux generasi kelapan yang dilancarkan pada 2015 dan sudah menerima dua kali facelift pada 2017 dan 2020.
- Kemas kini terakhir menampilkan enjin 2.8L turbodiesel berkuasa 201hp dan tork 500Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
- Perbezaan berbanding model biasa ialah komponen suspensi dan kit badan, manakala varian pertama ialah 4x2 pacuan roda belakang (RWD), dan kedua 4x4 model pacuan semua roda (AWD) dengan kunci direnfensial.
- Sistem suspensi menggunakan unit double wishbones dengan spring koil SuperFelx Suspension dan bar stabiliser di depan dan spring dedaun (leaf) 5 keping Monotube Shock Absorber di belakang.
- Tetapan varian 4x2 kurang sofistikated dengan jarak lega bumi 23mm untuk pengendalian off-road lebih stabil.
- Kedua-dua varian dipasangkan brek cakera dengan kaliper brek merah di depan dan brek dram di belakang.
- Varian 4x2 didatangkan dengan kit badan sporty seperti kit aerodinamik pada bampar depan, skirt sisi, dan difuser di belakang. Gril dicat warna badan, kemasan hitam kilat pada ambilan dan set dekal sporty.
- Selain suspensi rendah, trak pikap ini dipasangkan tim 17 inci dengan tayar off-road. Walaupun nampak kecil, mungkin ada penjarak (spacer) dipasang supaya selari dengan fender maskular.
- Ada tiga warna untuk dipilih, putih, merah dan hitam.
- Varian 4x4 memiliki jarak lega bumi sedikit tinggi dengan rim 18n inci yang dipadankan suspensi diperkuat dan sistem AWD.
- Kit badan juga berbeza. Dari depan, gril besar tertera lencana GR, manakala bampar baharu disepadukan dengan lampu kabus dan pelindung bawah badan.
- Juga ada kit tambahan pada gerbang roda dan pemijak sisi di tepi pintu. Aksesori lain ialah madgad, bar sport, bed belakang, dan pelekat warna pada pintu sisi dan pintu but.
- Ruang kabin menggunakan kemasan upholsteri kulit fauks/ sued dengan sulaman benang merah, manakala kerusi sport GR disepadukan dengan penyandar kepala untuk ekstra sokongan.
- Eleman sporty lain ialah pedal aluminium, tanda merah pada stereng, dan lencana GR pada kluster instrumen dan butang tekan mula.
- Sama seperti kemasan varian premium, GR Sport dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci.
- Ciri keselamatan menawarkan 7 beg udara, sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), termasuk pakej Toyota Safety Sense.
- Hilux Revo GR Sport kini sudah berada di bilik pameran Toyota seluruh Thailand pada harga 889,000 baht (RM114,210) untuk varian 4x2, dan 1,299,000 baht (RM166,790) untuk 4x4.
BACA >>> Toyota Auris GR Sport Baharu Debut di Paris
BACA >>> "Hilux Hilux is the Way", Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?
Hilus GR Revo Sport 4x2
Hilus GR Revo Sport 4x4
SUMBER: Toyota.co.th
Leave a Reply