• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Drift Atas Jalan Raya Awam Sebab Gian Punya Pasal Sampai Kereta Kena Sita

Drift Atas Jalan Raya Awam Sebab Gian Punya Pasal Sampai Kereta Kena Sita

August 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki ditahan polis kerana melakukan aksi drift di depan Wisma Tani di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur Selasa lalu. Dia dilaporkan berbuat demikan akibat bosan kerana lama tidak dapat bermain drift gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Lelaki berumur 30 tahun itu ditahan di depan pusat beli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman jam 4.30 pagi kelmarin berdasarkan maklumat orang awam.

Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur meninjau lokasi untuk mengesan dan menahan suspek.

Ketika disoal siasat, suspek mendakwa dia melakukan aksi drift untuk melepaskan gian dan kebosanan serta mahukan keseronokan.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata:

Sebelum ini, suspek berkumpul bersama rakan dan melakukan aksi drift itu di litar Shah Alam, Selangor. Namun sejak PKP dilaksanakan, dia tidak dapat merentas daerah.

"Jadi bagi melepaskan gian kerana kebosanan sudah lama tidak melakukan aksi itu menyebabkan dia sanggup melakukannya di jalan raya," katanya.

Kereta suspek turut disita. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan didapati melakukan kesalahan mengubah suai kenderaan. JPJ kemudian  mengeluarkan dua saman atas kesalahan bunyi ekzos tidak mengikut spesifikasi dan mengubah suai bentuk dan komponen kenderaan.

"Pemilik asal kenderaan terbabit juga akan dipanggil kerana suspek masih belum menukar nama ketika membeli kereta itu," katanya.

Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, dan turut direman dua hari tetapi dibebaskan atas jaminan polis, semalam. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA >>> Terlajak Drift, Toyota GR Yaris Ini Terbabas dan Tunggang Terbalik Sampai Remuk Teruk
BACA >>> Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift
BACA >>> #TahukahAnda: 9 Situasi Kita Jadi Buta Ketika Memandu dan Cara Atasi

SUMBER: HarianMetro

Related

388
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Pelan Pemulihan Negara (PPN), Sarifudin Mohd Salleh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev