• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!

Yamaha MT-15 Monster Energy MotoGP Edition Lancar Di India, Harga RM8.4k!

August 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Motor India sudah mengumumkan ketibaan model naked khas MT-15 Monster Energy MotoGP Edition di pasaran negara itu, harga asas ialah 148,000 rupee (RM8,423).

Sebagai perbandingan, model MT-15 standard dijual pada harga 145,600 rupee (RM8,288). Malah model MT-15 versi MotoGP itu sebenarnya lebih mahal berbanding FZ25 MotoGP Edition 2021 yang dilancarkan bulan lalu.

mt15_02
mt15_01

Berikut ialah perinciannya:

  • Menggunakan liveri Monster Energy pada bahagian tangki minyak. Jenama Yamaha MotoGP turut dipamerkan di tangki minyak dan panel sisi. Logo Yamaha pula berwarna emas.
  • Hadir dalam satu pilihan warna iaitu hitam penuh dan imejnya agak tenggelam berbanding model FZ25. Desain keseluruhan kekal seperti MT-15 standard.
  • Menggunakan lampu utama tunggal LED jenis projektor dan lampu siang LED (DRL) berkembar.
  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal SOHC 155cc 4-injap dengan teknologi VVA dan sistem suntikan bahan api, menghasilkan kuasa 18.2hp pada 10,000rpm dan tork 13.9Nm @ 8,500 rpm. Sistem transmisi ialah klac manual 6-kelajuan dengan fungsi klac A&S.
  • Sistem henti membabitkan brek cakera 282mm (depan) dan 220mm (belakang). Hanya roda depan dipasang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Sistem suspensi masih fork teleskopik dan sistem penyerap hentak tunggal (belakang).
  • Frem motosikal jenis deltabox iaitu sama seperti digunkan sportbike R15 V3. Komponen sama dikongsi ialah meter instrumen digital LCD penuh dan lampu belakang serta signal membelok LED. Berat motosikal ialah 138kg.

BACA >>> #TahukahAnda: Bilakah Masa Tepat Kena Tukar Tayar Motor Baharu?
BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?
BACA >>> Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!
BACA >>> Yamaha YZF-R15, MT-15 Akan Dapat Ciri Y-Connect?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!
BACA >>> Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik

SUMBER: Gaadiwaadi

Related

269
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Monster Energy, MT-15 Monster Energy MotoGP Edition, Yamaha, Yamaha Motor India

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev