• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 11 Supercar Mewah Milik Keluarga Ahli Politik, Usahawan Kena Sita di India

11 Supercar Mewah Milik Keluarga Ahli Politik, Usahawan Kena Sita di India

August 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

361
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEKUMPULAN pemilik supercar di India tergamam apabila kenderaan mewah dan berprestasi mereka dirampas pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kes lari cukai.

Khabarnya, kumpulan itu sedang berkonvoi untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan India pada hujung minggu lalu dan ditahan dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad.

Sebanyak 15 kenderaan ditahan dan 11 unit disita kerana pemiliknya didapati gagal membayar cukai (life tax) di negeri Telangana.

supercar india 1
supercar india 4

Sebaliknya, semua kereta yang disita itu dilaporkan didaftarkan di negeri lain yang mengenakan cukai lebih rendah. Masalah timbul apabila kenderaan tersebut kekal dan digunakan di Telangana.

Semua pemandu ditahan berusia 25 hingga 35 tahun. Kereta disita termasuk beberapa unit Lamborghini Huracan, Maserati GranTurismo, Ferrari dan Rolls-Royce.

Pihak berkuasa sudah lama memerhati semua kenderaan itu sejak beberapa bulan lalu dan sebahagian besar pemilik supercar mewah itu ialah ‘keluarga ahli politik dan golongan usahawan’.

Penguatkuasa bersepakat membuat serbuan pada hari Ahad selepas menerima maklumat mengenai lokasi konvoi kereta mewah tersebut.

Bagaimanapun, pemilik kereta masih boleh menuntut balik kenderaan masing-masing dengan membayar denda.

Ramai individu cuba elak bayar cukai di Telangana kerana caj yang dikenakan adalah sehingga 14 peratus harga sebuah kereta baharu dan menurun mengikut usia kenderaan.

Di negeri lain, cukai adalah lebih rendah dan sudah tentu menjadi ‘insentif’ untuk mendaftar di situ. Itu pun jika belum diintip pihak berkuasa.

BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup
BACA >>> Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?
BACA >>> Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019
BACA >>> Ferrari Tidak Akan Buat Kereta Sport Merah Jambu

SUMBER: CarScoops | TimesofIndia | IndiaToday

Related

361
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cukai Kereta India, Ferrari, India, Lamborghini Huracan, Lari Cukai, Maserati GranTurismo, Roda4, Rolls-Royce

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev