NISSAN Motor Co., Ltd. nampaknya sudah mengumumkan ketibaan model Note Aura NISMO, dengan jualan dijangka bermula pada musim luruh nanti. Harganya ialah 2,869,900 yen (RM110,857).
Dalam perkembangan semasa, Nissan juga menyatakan model Note Aura yang diumumkan sejak bulan Jun lalu sudah mula dijual sejak semalam. Berikut ialah perincian versi NISMO:
- Note Aura NISMO ialah model eksklusif untuk pelanggan di Jepun dan menerima konsep rekabentuk hasil inspirasi Formula E serta menggunakan trenkuasa e-Power.
- Trenkuasa menggunakan dua motor elektrik pada roda depan untuk menghasilkan kuasa 134hp dan tork 300Nm. Enjin petrol aspirasi natural 3-silinder 1.2 liter pula bertindak sebagai generator untuk motor elektrik dan pek bateri litium ion.
- Ruang kabin hadir bersama tempat duduk jenis bucket balutan kulit sintetik dan fabrik, ada sulaman tema NISMO selain jahitan benang merah.
- Ada tambahan mod baharu iaitu Nismo untuk prestasi pemanduan lebih dinamik selain mod Eco dan Normal.
- Output kuasa sama seperti Note Aura tetapi sentuhan NISMO lebih tertumpu pada aspek aerodinamik dan estetika. Hasilnya, ada kit badan lebih sporty membabitkan set bampar, skirt sisi dan spoiler belakang.
- Tambahan lain ialah rim aluminium 17 inci ‘lebih lebar’ dan lencana NISMO. Hud kereta pula tampil dengan aksen hitam apda bahagian tengah agar nampak lebih sporty.
- Ruang kabin hadir bersama tempat duduk jenis bucket balutan kulit sintetik dan fabrik, ada sulaman tema NISMO selain jahitan benang merah.
BACA >>> Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald's
BACA >>> Recaro Hasilkan Kerusi Sport Khas untuk Kenderaan Off-Road
BACA >>> #ApaNakBuat: Pedal Minyak Tersangkut Ketika Memandu, Tak Boleh Pandu Perlahan
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
Leave a Reply