• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / China Hasilkan Hypercar Hibrid Hongqi S9, 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat

China Hasilkan Hypercar Hibrid Hongqi S9, 0-100kmj Sepantas 1.9 Saat

August 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CHINA mempamerkan hypercar Hongqi S9 yang diyakini dalam bentuk versi pengeluaran menjelang Minggu Rekabentuk Milan di Itali, September lalu. Sebelum itu, hypercar separuh siap itu ditayangkan di Pameran Auto Shanghai, April tahun ini.

Silk-FAW adalah kolaborasi antara  pengeluar automotif China, Faw, dan start-up automotif, Silk EV yang dikatakanmahu bersaing dengan Ferrari dan Lamborghini.

Khabarnya, hypercar hibrid China itu akan dibina di kilang baharu syarikat di Reggio Emilia, kira-kira 50km dari Maranello di Itali. Satu lagi barisan model, S7 akan dibina di kilang sama yang mungkin melibatkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV), coupe dan konvertibel.

BACA >>> Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Hongqi S9 2022 - 4
Hongqi S9 2022 - 6
  • Hongqi S9 dijana enjin 4.0L V8 (800hp) dengan padanan dua unit motor elektrik yang menghasilkan kuasa 1,420hp.
  • Pecutan  0-100kmj adalah sepantas 1.9 saat, manakala kelajuan maksimum 402kmj.
  • Harga kereta itu menurut laporan Automotive News Europe ialah €1.5 juta (RM7.5 juta).
Hongqi S9 2022 - 0
Hongqi S9 2022 - 5
  • Rekabentuk kereta itu direka mantan pereka Volkswagen Group, Walter de Silva. Silk-FAW turut melantik mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferrari (2008-2016), Amedeo Felisa sebagai staf eksekutif.
  • Seorang lagi eksekutif atasan Silk-FAW ialah Carlo Della Casa yang pernah menjadi ketua kejuruteraan dan teknikal di Ferrari, McLaren dan Lamborghini.
Foto lakaran kilang yang bakal bina Hongqi S9 di Itali.

Jenama Hongqi juga akan dihasilkan di China, tetapi untuk varian kelas kecil seperti S5 dan S3 di Changchun, lokasi sama dengan ibu pejabat FAW sebelum dieksport ke pasaran antarabangsa.

FAW ada menjalin usahasama dengan pengeluar automotif lain di China seperti Volkswagen,  Toyota dan Mazda.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu
BACA >>> Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China
BACA >>> Hypercar Pertama Switzerland Debut 2023 dengan Dua Pilihan Enjin, Harga RM10.2j!
BACA >>> 14 Supercar yang Perlukan Kebenaran Khas Pengeluar untuk Dimiliki

SUMBER: AutoNews | Motor1

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Amedeo Felisa, Carlo Della Casa, Hongqi S9, Hypercar China, Minggu Desain Milan, Pesaing Ferrari, Pesaing Lamborghini, Roda4, Silk-FAW, Walter de Silva

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
    Roslan Abdullah Kini COO Baharu GWM Malaysia!
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev