• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Supersport Lebih Mampu Milik, Yamaha YZF-R9 Akan Muncul Tahun Ini?

Supersport Lebih Mampu Milik, Yamaha YZF-R9 Akan Muncul Tahun Ini?

August 17, 2021 By Wahid 2 Comments

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH lama khabar angin menular mengenai Yamaha kini sedang sibuk membangunkan YZF-R9 yang bakal dilancarkan tahun ini. Khabar angin itu nampak seperti menjadi realiti menerusi berita penemuan permohonan daftar tanda dagang di Eropah, Amerika Selatan dan negara Oseanik.

Model 'R9' baharu itu, jika benar dihasilkan, akan mengisi kekosongan model supersport antara YZF-R7 dan R1.

BACA >>> Siri R yang Paling Ramping, Yamaha YZF-R7 (2022) Diperkenal!
BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R1 dan YZF-R1M (2020)

Yamaha sudah menghasilkan YZF-R6 sejak 1999 hingga November 2020. Model itu akhirnya dihentikan kerana kurang mendapat permintaan bagi model supersport 600cc. Antara punca model supersport 600cc kurang popular adalah faktor harga dan kos insurans yang tidak jauh berbeza dengan model supersport 1000cc (di luar negara).

Justeru, Yamaha beralih kepada pembuatan model YZF-R7 (foto atas) dengan enjin CP2 daripada MT-07. Walaupun tiada kuasa sehebat R6, tetapi tetap disambut baik yang mana semua unit pratempahan habis dijual. Ini kerana harga ditawarkan lebih berpatutan.

Kemudian, ramai peminat mula ghairah menggesa Yamaha mengeluarkan supersport dengan CP3 889cc  yang dipasangkan pada MT-09 (foto atas) dengan kuasa dan tork lebih memuaskan, 119hp dan 87.5Nm. Selain itu, MT-09 juga sudah sedia laris kerana menawarkan harga berpatutan yang diharapkan turut mempengaruhi harga R9 nanti berbanding R1 yang lebih 'kayangan'.

Jika terlaksana, ia akan menggembirakan ramai peminat motosikal yang pastinya membayangkan sebuah supersport ringan dan laju dengan pengendalian tangkas pada harga yang lebih mahal sedikit daripada MT-09!

Walaupun berita permohonan tanda dagang atau hak cipta tidak semestinya berakhir dengan model pengeluaran, sekurang-kurangnya ia berikan petanda baik.

Yamaha pasti akan bersedia dengan barisan model menarik untuk ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) kela. Pasti ramai peminat Yamaha mengharapkan pengeluar itu melancarkan model tersebut di sana nanti. Apapun, kita hayati gambar-gambar lakaran konsep ini.

Tak salah kalau nak berangan sekarang!

BACA >>> Jepun Lancar Yamaha MT-09 ABS, SP ABS (2022), Harga Mula RM41.2k
BACA >>> Yamaha MT-07 (2021) Serba Baharu Lancar, Enjin Sama dengan Naik Taraf ECU, Harga RM32k

yamaha-r09-concept-1
yamaha-r09-concept-2
yamaha-r09-concept-3
yamaha-r09-concept-4

SUMBER: Motokandi.com

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Lakaran Bayangan, Lakaran Konsep, supersport, Supersport 900cc, Yamaha, Yamaha YZF-R9

Comments

  1. SydAbManan(SAM) says

    August 18, 2021 at 5:15 PM

    Im believed remember your products Yamaha my favourite.

    Reply
  2. Jan says

    August 18, 2021 at 8:54 PM

    Design overall ok, tapi lampu tengah dekat Ram air tu tak boleh hadam la

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev