• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Tuner India Bina Tandas Duduk, Paip Air Dalam Toyota Fortuner (2021)

Tuner India Bina Tandas Duduk, Paip Air Dalam Toyota Fortuner (2021)

August 13, 2021 By Shawkath 1 Comment

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA Fortuner ialah salah satu model kenderaan utiliti sukan (SUV) popular di India sejak beberapa tahun lalu disebabkan tiga perkara iaitu kualiti binaan, boleh redah off-road dan kos servis tidak membebankan.

Nama Fortuner kembali hangat diperkatakan di negara Asia Selatan itu selepas satu klip video dimuat naik ke YouTube memaparkan konsep modifikasi yang agak luar biasa.

Klip video Revokid Vlogs menunjukkan model Toyota Fortuner versi dipertingkat (2021) varian diesel ada ruang rahsia yang menempatkan tandas duduk.

Malah ada media tempatan di situ mendakwa itu mungkin Toyota Fortuner pertama dilengkapi ciri tandas duduk. Kemudahan itu sudah pastinya amat bermanfaat bagi pemanduan jarak jauh.

Projek modifikasi itu dilakukan tuner Ojes Garage dan aspek luaran SUV itu kekal standard kecuali bahagian roda yang kini menggunakan tayar 18 inci BF Goodrich AT.

Salah satu kerusi di barisan ketiga ditanggalkan untuk dijadikan ruang membina tandas. Untuk masuk ke bilik rahsia itu, kerusi barisan kedua perlu dilipat terlebih dahulu.

Aspek binaan dan pemasangan tandas duduk termasuk permukaan lantai itu dibuat secara rapi dan nampak berkualiti tinggi. Jika diteliti, tali pinggang keledar asal masih dikekalkan di dalam tandas berkenaan. Mungkin untuk tujuan keselamatan?

Ada tangki berisi air disediakan untuk tandas berkenaan. Khabarnya, jika SUV itu sedang meneroka permukaan off-road, air yang disimpan dalam tangki itu tidak akan tertumpah.

Malangnya, kos modifikasi itu tidak didedahkan kepada umum atau SUV itu turut dipasang tangki septik khas. Jom tonton video ini:

Di India, Toyota Fortuner hadir pilihan enjin petrol dan diesel. Trenkuasa diesel 2.8 liter mampu menghasilkan kuasa 202hp dan tork 500Nm manakala versi petrol 2.7 liter mengekstrak kuasa 162hp dan tork  245Nm. Transmisi  disediakan juga dua, manual dan automatik. Namun, opsyen sistem pacuan empat roda (4X4) hanya ditawarkan dengan varian diesel.

BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
BACA >>> Kajian: Kereta e-Hailing Lebih Kotor daripada Mangkuk Tandas
BACA >>> Lewat Seminit Sebab Ke Tandas, Pemandu Kereta Api Laju Jepun Kena Siasat
BACA >>> Nak Cebok Tak Ada Air, Lelaki Ini Minta Bantuan Kecemasan Guna Setel Petronas
BACA >>> Inilah 8 Ragam Pemandu Malaysia (yang Tak Semenggah) di Stesen Minyak
BACA >>> Belgium Akan Haramkan Skuter, Motosikal Petrol, Mula 2028

SUMBER: Cartoq

Related

6.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: Fortuner Diesel 2.8L, Goodrich AT, Ojes Garage, Toyota, Toyota Fortuner (2021), Toyota India

Comments

  1. osman says

    August 24, 2021 at 4:27 PM

    Ape ke hei nak letak toilet dalam kereta? Letak la dapur.. kahkahkahkah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev