• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiada Lagi Lumba Motosikal Daki Bukit di Pikes Peak International Hill Climb

Tiada Lagi Lumba Motosikal Daki Bukit di Pikes Peak International Hill Climb

August 12, 2021 By Wahid Leave a Comment

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELAS motosikal diharamkan mengambil bahagian dalam perlumbaan Pikes Peak International Hill Climb (PPHIC) atau dalam terjemahan Bahasa Melayu, disebut sebagai perlumbaan 'Daki Bukit Pikes Peak Antarabangsa'.

Perlumbaan motosikal adalah sebahagian acara itu yang bermula sejak 1916, sebagai kategori tambahan kepada lumba kereta ralli. Trek digunakan pelumba bermula dengan jalan tanah tidak berturap. Pada masa itu, hanya motosikal jenis motocross, enduro dan scrambler saja mengambil bahagian.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Litar Lumba Paling Banyak Ragut Nyawa di Dunia

Jalan itu kemudian diturap hingga ke puncak bukit Pikes Peak yang menyaksikan penambahan kelajuan ketara dalam kalangan  peserta. Pelumba motosikal pula mula mengambil bahagian dengan menunggang jentera jenis sportbike yang kemudian membawa kepada beberapa insiden kemalangan maut.

Penganjur PPHIC kemudian mengharamkan sportbike dan hanya membenarkan motosikal jenis hendal tinggi mengambil bahagian. Bagaimanapun, peraturan itu dieksploitasikan kalangan penunggang naked bike yang sebenarnya merupakan sportbike tanpa fairing. Malah, ada pelumba menunggang jentera berkuasa lebih 200hp!

BACA >>> Dayun Chi 302 - Naked Bike China Tiru Gaya Kawasaki Z1000?

carlin-dunne-ducati
Carlin-Dunne-multistrada

Malangnya, pelumba Carlin Dunne (foto atas) terkorban dalam PPHIC 2019 pada 30 Jun ketika beliau menunggang model prototaip Ducati Streetfighter V4.

Kemalangan itu menjadi titik hitam kepada acara tersebut. Tambahan lagi mendiang Dunne sebelum itu turut bertanggungjawab mengharumkan nama Ducati dalam PPHIC menerusi jentera Multistrada. Ducati pula menghasilkan Multistrada Pikes Peak memang sempena meraikan kemenangan tersebut.

BACA >>> Ducati Panigale V4 25° Anniversario 916 Nombor 005 Mahu Dilelong untuk Yayasan Carlin Dunne
BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

Trek PPHIC memang cukup mencabar dan berbahaya.

Litar PPHIC tiada kawasan run-off, kecuali gaung curam yang berisiko maut seandainay seseorang pelumba terbabas.

Selain itu, marsyal dan pekerja sambilan PPHIC pula tidak sehandal petugas acara perlumbaan profesional seperti Isle of Man TT. Bilangan mereka juga tidak mencukupi untuk menjaga tingkah laku penonton yang menyaksikan penonton boleh berada dalam trek ketika pelumbaan sedang berlangsung.

HANYA UNTUK KERETA SAHAJA

Justeru, acara itu bakal menjadi perlumbaan kereta sahaja bermula tahun ini yang mendapat tajaan Gran Turismo (nama permainan video dalam konsol Sony Playstation).

Pikes Peak ialah bukit yang terletak di negeri Colorado, AS. Jalan mendaki bukit tersebut mrmiliki jarak panjang 20km dan 156 selekoh. Pelumba akan mula berlumba dari kaki gunung dan mendaki hingga ketinggian 4,302 meter (14,115 kaki). Jadi , ia juga dikenali sebagai 'Race to the Clouds.'

BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Ciri Bantuan Mula-Daki atau HSA (Hill-Start Assist)?

SUMBER: Pikes Peak International Hill Climb

Related

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Carlin Dunne, Lumba Daki Bukit, Pikes Peak International Hill Climb (PPIHC), Trek PPIHC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev