• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mat Motor Vietnam Ini Mahu Jual Super Cub 82 pada Harga RM90k!

Mat Motor Vietnam Ini Mahu Jual Super Cub 82 pada Harga RM90k!

August 10, 2021 By Aryon Leave a Comment

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ORANG Vietnam dengan kegilaan motosikal dan nombor plat memang tidak dapat dipisahkan. Terbaharu, sebuah Honda Super Cub 82 mahu dijual pada harga kira-kira 500 juta dong (RM92,350).

Sebenarnya ada banyak Super Cub 82 asli dengan nombor plat menarik disimpan ramai peminat motosikal Vietnam yang boleh dibeli pada harga kurang 100 juta dong (RM18,470).

BACA >>> Honda Super Cub C125 (2022) Versi Dipertingkat Lancar di Indonesia, Harga RM21k!
BACA >>> Kapcai China Gaya Winner X, Y15ZR Ini Akan Masuk Malaysia!

Bercerita mengenai sejarah Super Cub 82 itu, pemiliknya, Du Van Toan berkata, dia sudah lama menaruh hati dengan motosikal tersebut sejak ternampak secara tidak sengaja di Internet.

Menurutnya, motosikal itu kali pertama didaftarkan pada 1997. Pada masa itu, nombor plat 4-digit sudah agak lama. Jadi, nombor plat 5-digit dipilih, 29AA-88888. Sejak itu, Super Cub 82 tersebut dibeli dan dimiliki ramai peminat motosikal antik di Ha Thanh.

Selepas dibeli pemilik sebelum ini, motosikal itu dibaik pulih dan ditukar alat ganti baharu yang mana kerja-kerja restorasi menelan belanja lebih 100 juta dong (RM18,470)."

Menurut Toan lagi, kapcai itu memiliki spesifikasi enjin 4-lejang 50cc penyejukan udara, sama seperti model Cub 80 dan 81 di Vietnam

Motosikal bawah 50cc ada diberikan label AA, AS, AS hingga AZ. Jika orang tu minat nombor plat cantik, pendaftaran siri nombor plat AA hanya ada untuk 10 tahun dengan nombor plat 88888."

"Sebabnya, jika kita nak siri dua abjad selepas itu, iaitu BB, kena ambil masa kira-kira 100 tahun. Jadi, sejak kali pertama nampak Cub dengan nombor plat tu, aku terus kagum dan tak boleh nak tidur."

"Aku terus cari owner lama motor ni selama dua tahun sejak 2019 sampai 2020 sebelum dapat beli pada harga masa tu, 399,9999 juta dong (RM73,860)."

honda-super-cub-82-vietnam-3
honda-super-cub-82-vietnam-2

Kini, giliran dia pula mahu menjual motosikal itu pada harga atas kerta 488,888 juta dong (RM90,320). Apabila ditanya mengenai keputusannya mahu menjual motosikal kesayangan itu, Du Toan berkata;

Pada usia 30 tahun, ada banyak benda aku kena buat selain minat, jadi aku nak bagi peluang kepada peminat motor, untuk faham nilai dan makna motosikal, iaitu makna sebuah kecantikan dan keunikan Super Cub 82."

Jika benar-benar dapat dijual pada harga tersebut, kapcai Honda itu akan jadi Cub 82 yang bukan saja paling mahal di Vietnam, tetapi juga dunia.

BACA >>> #BikinMotor: Sanggup Labur RM17k untuk Honda Dream Togel Edisi Khas Bikin Sendiri
BACA >>> Inilah Hot Wheels dengan Harga Paling 'Meninggal Dunia' Dinilai Lebih RM600k

SUMBER: Zingnews.vn

Related

3.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, honda cub, Honda Super Cub 82, Jual Motosikal, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev