BASIKAL digunakan dua pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini menjadi polemik hangat apabila ada pihak mempertikaikan kos pembelian basikal lumba itu..
Dipetik portal berita, HarianMetro, peguam dan aktivis kontroversi, Siti Zabedah Kasim, yang terkenal dengan panggilan Siti Kasim, memuat naik status di Facebook berserta artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) bernilai RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dan firma Britain, TOTALSIM Ltd. (TOTALSIM).
Kami juga pernah menyiarkan artikel mengenai kos R&D tersebut. Baca <<< Azizulhasni Tayang Basikal RM300k untuk Misi Buru Emas Olimpik Tokyo >>>
Siti Kasim menulis;
Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi mula jadi perhatian sekarang. Sepanjang saya sokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya fikir itu berlebihan berdasarkan situai negara kita sekarang.
"Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Maaf, sebab saya dapati ini benar-benar tak boleh diterima."
BERAPA NILAI SEBENAR BASIKAL AZIZULHASNI?
Di Tokyo, Azizulhasni dan Shah Firdaus berlumba menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 seunit dan setiap pelumba dibekalkan tiga unit basikal.
Bagaimanapun, keraguan Siti Kasim itu dijawab beberapa netizen yang menjelaskan kos RM13 juta dibuat pihak TOTALSIM itu adalah melibatkan pelaburan dalam teknologi dan paten. Malah, basikal itu turut dijual ke beberapa negara lain.
Jelas salah seorang netizan, basikal itu dibeli pada harga RM300,000 setiap satu. Tetapi basikal Azizulhasni dan Shah dikustomkan mengikut paten kayuhan masing-masing, manakala teknologi yang diaplikasi pada basikal itu akhirnya dijual kepada orang awam.
Ada juga yang memberikan komen mencuit hati seperti di atas ini.
Pendapat saya, sekurang-kurangnya beliau menunjukkan prestasi dalam setiap perlawanan dan pertandingan. Loihat Kabinet kita, mereka ada 7 jet peribadi, dan bayangkan kos penyenggaraan 7 jet peribadi!"
Siti Kasim turut berterima kasih terhadap individu yang memberi penjelasan mengenai cerita di sebalik kos pelaburan dalam artikel yang dimuat naiknya.
Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), basikal untuk aksi trek Sukan Olimpik perlu juga dijual ke pasaran. Malah, model WX-R Vorteq itu sendiri sudah sedia ada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu. Azizulhasni semalam menghadiahkan pingat perak dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020.
BACA >>> Ini Pecahan Harga Komponen Basikal Dua Pelumba Trek Negara
BACA >>> Azizulhasni Cadang Bina Litar Basikal Macam Thailand, Korea
BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Dua Model Basikal, Lebih Mahal daripada Ninja ZX-25R
SUMBER: Harian Metro | Facebook
Leave a Reply