• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Crutchlow Bantu Petronas Yamaha SRT, Morbidelli Masih Sakit Lutut

Crutchlow Bantu Petronas Yamaha SRT, Morbidelli Masih Sakit Lutut

July 29, 2021 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

CAL Crutchlow akan kembali ke Kejuaraaan MotoGP untuk sebagai penunggang pengganti pasukan Petronas Yamaha SRT memandangkan Franco Morbidelli masih belum pulih selepas menjalani pembedahan lutut.

Crutchlow yang juga penunggang British terakhir memenangi perlumbaan MotoGP akan membantu Petronas Yamaha SRT dalam dua siri perlumbaan di Austria (6 hingga 8 Ogos, 13 hingga15 Ogos).

Dua minggu kemudian, Crutchlow akan beraksi di GP Britain di Litar Silverstone bermula 27 hingga 29 Ogos 2021.

Beliau bersara pada aksi musim lalu selepas mempamerkan aksi selama 10 tahun dan menggalas tugas sebagai penunggang uji Yamaha.

BACA >>> Razlan: Morbidelli Boleh Jadi Juara Dunia MotoGP 2021

Bos Petronas Yamaha SRT, Datuk Razlan Razali berkata:

“Selepas meneliti semua pilihan yang ada, ini adalah keputusan secara kolektif kami dengan Yamaha untuk meminta Cal Crutchlow mengisi kekosongan untuk Franco, sementara dia pulih dari pembedahan.

“Cal ialah penunggang boleh dipercayai dan berpengalaman.”

Crutchlow menyatakan dia tiada apa-apa target khas untuk perlumbaan di Silverstone nanti tetapi sekadar bantu pengumpulan data untuk pasukan satelit.

“Memang syokah kembali menunggang bersama Yamaha tahun ni sebagai test rider rasmi dan isi tempat kosong bila diperlukan semua pihak.

“Ada la juga rasa macam susah sikit sebab kelas MotoGP ini sengit dia lain macam. Takpe, aku memang pun dah tak sabar dan pasti syok dapat masuk balik grid.

“Aku pun tak sabar temu geng kat Austria nanti, walaupun ada la muka yang aku kenal macam Wilco Zeelenberg yang pernah jadi Pengurus Pasukan aku masa Supersport 2009. Aku juga pernah rentap dengan Johan Stigefelt zaman dulu-dulu.”

BACA >>> Morbideli Bedah Lutut Hari Ini
BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts - Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Sebenarnya, Zeelenberg mahu Crutchlow ganti tempat Morbidelli di Assen tetapi diberi pula penunggang Yamaha World Superbike,  Garrett Gerloff. Khabarnya ada tercetus rasa tegang.

“Ateh memang lah jelas aku nak si Cal tu naik motor, dia kenal bebenor Assen dan dia tu kan test rider.

“Kami paham luka Franco ambil masa sikit (sembuh) dan kami nak share pengalaman kat depa (rider) yang takde kat sini. Garrett tu macam main judi lah, ada risiko” kata Zeelenberg kepada portal MotoGP.com.

BACA >>> Razlan: Peluang Damok ke Moto3 Bersama SRT Cerah
BACA >>> Quartararo Akui Terima Tekanan Selepas Ganti Tempat Rossi
BACA >>> Rea Terkejut Ada Cerita Dia dan Petronas Yamaha SRT

SUMBER: MotorSport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2021 MotoGP, Cal Crutchlow, Datuk Razlan Razali, franco morbidelli, Garrett Gerloff, Petronas Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev