• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!

Toyota Corolla AE86 GT (1987) Milik Gadis Putus Cinta Ini Dilelong RM271k!

July 28, 2021 By Shawkath Leave a Comment

531
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEUNIT Toyota Corolla AE86 GT (1987) terpakai dilelong pada harga £46,250 (RM271,570) di Britain yang juga dipercayai harga lelongan paling tinggi bagi model legenda klasik Jepun setakat ini.

Harga lelongan itu memintas rekod jualan seunit AE86 di Amerika Syarikat (AS) pada Mac 2020, iaitu AS$40,000 (RM169,240). Model AE86 menjadi kesukaan ramai disebabkan sistem pacuan roda belakang (RWD).

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Ringkas Tentang Initial D yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Populariti kereta itu juga turut dipengaruhi populariti siri anime Jepun,  Initial D, termasuk permainan konsol Playstation Grand Turismo dan kemunculan dalam filem aksi Hollywood, Fast and Furious (Tokyo Drift), serta filem adaptasi dari Hong Kong dengan judul Initial D.

Berdasarkan maklumat jualan, pemilik asal AE86 GT yang dilelong di Britain itu ialah seorang wanita yang membeli model itu untuk ‘menceriakan hati sendiri selepas putus cinta dengan teman lelakinya’.

Sejak membuat pembelian dari pengedar Hallens Toyota di Cambridge pada 1987, dia sudah memandu kereta itu sejauh 92,000 batu (148,060km). Menariknya, wanita itu menyimpan model tersebut dalam kondisi asal yang serba menakjubkan.

Harga jualan asal edisi kilang tanpa aksesori tambahan ialah £12,500 (RM73,380), kira-kira 34 tahun lalu. Jika dikira nilai semasa, termasuk inflasi, harga zaman itu menyamai £37,534 (RM220,430) jika dibeli pada masa ini.

BACA >>> Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L

Corolla AE86 GT itu ditempah dengan pilihan ciri dan tambahan aksesori seperti bumbung matahari, pemain kaset-radio dan rim aloi bercorak turbin. Juga ada telefon Nokia 3110 disertakan dalam kabin.

BACA >>> #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

Corolla AE86 GT dihasilkan antara 1984 dan 1987 dengan dijana trenkuasa petrol 4-silinder A-GE DOHC 1.6L berkuasa 124hp. Berat kereta 970kg dan mampu memecut ke 0-100kmj sepantas 8.3 saat, manakala kelajuan maksimum 196kmj.

BACA >>> 8 Kereta JDM Oldskool Berusia 25 Tahun yang Sentiasa Jadi Buruan
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota
BACA >>> Toyota AE86 Ini Akan Guna Enjin GR Yaris!

SUMBER: DailyMail | CarandClassic

Related

531
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: AE86, Hallens Toyota, Initial D, kereta lelong, Levin GT, Nokia 3110, Playstation Grand Turismo, Toyota Corolla AE86 GT (1987)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my