• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Sudah Mula Ada Kes Mayat Terbiar Atas Jalan

Thailand Sudah Mula Ada Kes Mayat Terbiar Atas Jalan

July 26, 2021 By Azhan O 1 Comment

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN Malaysia, Thailand juga tidak kurang teruk dengan kes peningkatan angka penularan dan kematian akibat Covid-19.

Minggu lalu, negara jiran itu digemnparkan dengan insiden mayat ditutup kain putih yang dirakamkan terbiar atas jalan Phra Nakhon selama hampir 12 jam hingga mencetuskan kemarahan orang ramai,.

Mangsa, Somkiat Ruenkao, 50, yang bekerja sebagai penjaga parkir dilaoprkan rebah sekitar jam 11 pagi.

BACA >>> Kenderaan Jabatan Kesihatan Bawa Vaksin Covid-19 Terbabas Langgar Babi Hutan

mayat-covid-19-atas-jalan-thailand-1
mayat-covid-19-atas-jalan-thailand-2

Situasi itu membuatkan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha menyuarakan kebimbangannya dengan kes kematian akibat
Covid-19 yang gagal mendapat rawatan hingga memaksanya mengarahkan semua agensi Kerajaan mengatasi masalah berkenaan sece[at mungkin.

Dalam mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi Ekonomi (CESA, beliau meminta semua pihak mencari jalan mengurangkan jumlah pesakit yang perlu menjalani kuarantin di rumah dan menunggu ambulans atau menanti di jalanan.

Prayut berkata;

Gambar seperti ini tidak boleh dilihat lagi. Ini tanggungjawab semua agensi dan bukan hanya Kementerian Kesihatan semata-mata.

"Agensi yang terbabit perlu mencari cara untuk membawa pesakit ini ke hospital medan," katanya seperti dilaporkan Bangkok Post.

Beliau membuat gesaan berkenaan susulan isu kelewatan membawa mayat Somkiat. Paramedik dikatakan tiba tidak lama kemudian dengan oksigen dan cuba menyelamatkan lelaki berkenaan. Polis juga diminta menghubungi pakar forensik dari Hospital Vajira untuk memeriksa mayat.

Namun, mayat hanya dibawa ke hospital pada jam 10 malam untuk bedah siasat dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Angka kematian mangsa Covid-19 di Thailand kini semakin membimbangkan.

Jurucakap polis berkata, pihaknya turut menerima laporan sekitar jam 6.30 petang mengenai mayat kedua, Seri Rueng­rojanarit, 59, yang dijumpai di Ratchadamnoen Avenue.

Pasukan forensik tiba pada jam 7.15 malam untuk memeriksa mayat dan ujian Covid-19 turut dilakukan setibanya di hospital.

Mayat ketiga dikenali sebagai Bangpot Jermjenkarn, 81, dijumpai di Sao Chingcha pada jam 7.30 malam dan forensik tiba pada jam 9 malam, lewat lebih sejam, dan  hasil ujian mendapati mangsa positif Covid-19.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seorang gelandangan berusia 80 tahun menjadi mangsa terbaharu Covid-19 yang dijumpai mati di tepi jalan dekat Victory Monument di Bangkok.

Media tempatan melaporkan bahawa pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas mendapati mangsa positif Covid-19 dan mayatnya dihantar ke Hospital Ramathibodi untuk bedah siasat.

BACA >>> Ambil Vaksin Sudah Boleh 'Walk-In' Ogos Nanti di KL, Selangor dan Putrajaya
BACA >>> Ambulans Tak Cukup, Keluarga Ini Terpaksa Bawa Mayat Ibu Naik Motor

SUMBER: HMetro

Related

505
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, berita global, Covid-19, Covid-19 di Thailand, Mayat Atas Jalan, Mayat Terbiar di Jalan, Prayut Chan-o-cha, Thailand

Comments

  1. Media Klik says

    July 26, 2021 at 4:21 PM

    Agak susah nak control rakyat terutamanya dari negara dunia ketiga macam di ASEAN.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev