APA yang anda lihat ini bukan model kereta replika untuk filem Batman baharu tetapi model konsep kenderaan elektrik (EV) yang mencipta banyak penanda aras dalam evolusi mobiliti mesra alam.
Dipanggil McMurtry Spierling, kereta konsep EV itu melakukan debut global sempena acara permotoan Goodwood Festival of Speed 2021 di Brtiain, baru-baru ini. Berikut perinciannya:
BACA >>> Pakar: Kereta Elektrik Perlu Pandu Jauh, Dimiliki Lama Sebagai Bukti Kenderaan Hijau
- Kereta satu tempat duduk ini menawarkan nisbah kuasa 1hp bagi setiap 1kg berat.
- Spierling mampu menjana kuasa 1,014hp dan menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD). Percaya atau tidak, kereta ini hadir dengan kotak gear manual. Kelajuan maksimum dikatakan lebih 320kmj.
- Pek bateri 60kWh membolehkan kereta kecil itu dipandu pada kelajuan maksimum antara 30-60 minit sebelum perlu dicas semula. Jarak pemanduan maksimum 563km.
- Badan kereta dibuat sepenuhnya menggunakan material gentian karbon. Gaya kokpit dan kluster instrumen membuatkan EV ini nampak seperti kereta trek sebenar.
- Menghasilkan bunyi seakan jet pejuang. Ini bukan efek buatan yang dimainkan melalui pembesar suara, tetapi bunyi sekuat 120dB itu terhasil daripada dua unit turbin yang setiap satu menjana kuasa maksimum 80hp!
- Dua turbin menghasilkan daya junam (downforce) 500kg untuk memastikan keempat-empat roda melekat atas jalan ketika memecut dalam halaju tinggi.
- EV ini ada aileron yang boleh dilaraskan pemandu dari dalam kokpit. Butiran maklumat lain masih kekal rahsia.
BACA >>> Kereta Elektrik Pertama Bentley Akan Keluar 2025
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik
BACA >>> Kenapa Port Pengecas Kereta Elektrik Tidak Universal?
SUMBER: Cartune TV | Motor1 | InsideEV | Shelsleywalsh
Leave a Reply