• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cermin Sisi Lamborghini Aventador Roadster Kena Curi Di Vietnam

Cermin Sisi Lamborghini Aventador Roadster Kena Curi Di Vietnam

July 13, 2021 By Shawkath Leave a Comment

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KES kecurian cermin sisi kereta mewah nampaknya sudah berlaku di Vietnam dan terbaharu, jenayah itu membabitkan sebuah Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster.

Lamborghini warna hijau itu dilaporkan diletakkan di bahu jalan di satu kawasan terpencil di Bandar Raya Ho Chi Minh. Laporan sama mendedahkan ada sekurang-kurangnya empat unit Aventador LP700-4 Roadster di Vietnam.

Ada syarikat aksesori yang menawarkan jualan satu unit perumah cermin sisi lengkap Aventador Roadster dengan harga lebih AS$1,800 (RM7,543). Itu belum termasuk kos penghantaran dan cukai import.

Walaupun harga cermin sisi Lamborghini Aventador Roadster bernilai tinggi tetapi komponen itu tidak tersenarai sebagai antara sasaran pencuri. Penjenayah lazimnya memberi tumpuan ke atas model popular untuk lebih mudah dijual di pasaran terpakai.

Aventador LP 700-4 ini pernah dimiliki pedagang bunga orkid di Binh Phuoc sebelum beliau menjualnya kepada individu lain. Warna asal kereta itu ialah putih sebelum diwarnakan hijau.

Lamborghini Aventador Roadster LP700-4 menggunakan trenkuasa 6.5 liter V12, menghasilkan 700hp dan tork 690Nm serta menggunakan transmisi 7-kelajuan ISR semi automatik. Kelajuan maksimum ialah 350kmj.

BACA >>> Jangan Sembarangan Ganti Cermin Sisi Motosikal Hanya untuk Cantik
BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini
BACA >>> Baru 6 Bulan, Unit Lamborghini untuk 2021 Hampir Habis Ditempah
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Guna Cermin Pandang Belakang dengan Betul?

SUMBER: Phap Luat Bandoc

Related

301
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cermin sisi, Lamborghini Aven, Lamborghini Aventador LP700-4 Roadster, Lamborghini Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my