MUNGKIN sukar hendak percaya ialah motosikal Yamaha yang pernah menarik perhatian ramai ketika ditayangkan pada Pameran IMFA 1988.
Dipanggil Yamaha Powa D10, sportbike pelik itu bukanlah 100 peratus buatan pengeluar Jepun itu, tetapi model binaan semula usahawan Switzerland, Hans Walter.
Walter ialah pemilik syarikat Moko-Powa. Sebanyak 10 unit Powa D10 dihasilkan dengan menggunakan Yamaha FZ750 sebagai asas binaan.
Rekabentuk futuristik menggunakan fairing bertutup penuh daripada roda belakang hingga depan yang menjadikan motosikal itu nampak seperti jentera dalam anime sains-fiksyen Jepun.
BACA >>> Pelik Tapi Benar, Motosikal Jawa Perak Muncul di India!
BACA >>> #BikinMotor: Modifikasi Honda Rebel 300 - Daripada Bobber Moden Kepada Café Racer
Trenkuasa asal FZ 750, jenis 4-silinder sebaris berkuasa 105hp mampu mencapai kelajuan maksimum 240kmj, tetapi kelajuan untuk Powa D10 dipertingkat hingga 300kmj yang mendapat manfaat daripada fairing aerodinamik ciptaan Walter.
Hanya 10 unit Powa D10 dihasilkan dan kali pertama didaftar untuk tunggangan atas jalan pada 2000. Sebelum itu, Powa D10 cuma dijadikan model pameran.
Portal GPOne melaporkan hanya tinggal enam unit Powa D10 di dunia dan salah satu tiba-tiba muncul dalam laman rumah lelongan Catawiki pada harga sasaran €16,000 (RM79,610) hingga €20,000 (RM99,510).
Malangnya, tiada lagi bidaan dibenarkan kerana lot jualan Powa D10 ditutup kerana gagal mencapai harga rizab. Sedihkan?
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
BACA >>> Nak Beli @ Jual Kereta Sambung Bayar? Nah, Ini 10 Risiko yang Bakal Anda Hadapi
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Spanar Asas yang Perlu Anda Tahu Sebelum Baiki Motosikal
SUMBER: GPOne
Leave a Reply