• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Biar Betul Boleh Dapat Lesen Memandu Tanpa Belajar Memandu?

Biar Betul Boleh Dapat Lesen Memandu Tanpa Belajar Memandu?

July 16, 2021 By Shawkath 2 Comments

970
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MUDAH sungguh dapat lesen memandu zaman sekarang. Pilih kategori lesen yang anda mahu dan bayar saja jumlah diminta pihak penjual atas talian. Selepas itu, lesen akan dipos ke alamat pelanggan.

Lebih mudah, lesen memandu boleh dimiliki tanpa perlu mengambil ujian dan kad lesen memandu akan siap didaftarkan dalam pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tapi ingat, jangan terpedaya, itu semua skim penipuan! ⚠️

BACA >>> Juara WorldSBK 6 Kali, Rea Lulus Lesen Motor
BACA>>> Kena Sita Tiada Insurans dan Lesen, Lamborghini Bek Man City Ini Mungkin Kena Lupus

scammer
tangan-gari

Mungkin ada tidak tahu, jenayah lesen terbang itu sebenarnya didalangi geng atau sindiket lesen memandu haram yang mengusahakan bisnes melalui media sosial. Malah mereka juga kerap mengiklankan produk dan servis menerusi Facebook dan grup Facebook.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, geng penjahat itu akan minta mangsa menghantar gambar, dokumen termasuk kad pengenalan dan maklumat peribadi serta diminta membayar jumlah bayarang perkhidmatan.

Selesai semua urusan, lesen memandu haram iru akan diposkan dalam masa tiga hingga lima hari. Peniaga haram itu juga mengaku boleh memperbaharui lesen memandu selepas tamat tempoh.

Menurut Sinar Harian, ada 11 kelas lesen ditawarkan antara harga RM350-RM750.

JPJ BANYAK TERIMA LAPORAN
logo-jpj
kaunter-jpj-1

JPJ juga sedia maklum mengenai iklan lesen memandu tanpa perlu ambil  ujian di media sosial dan ada menerima aduan orang awam. Ada diiklankan menerusi  WhatsApp, Facebook, Instagram dan laman web. Mengikut maklumat  JPJ:

  • Sebarang lesen tanpa ikut prosedur latihan dan ujian JPJ adalah TIDAK SAH.
  • JPJ merekodkan 187 kes aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) sepanjang 2018-2020 melibatkan lesen palsu.
  • Bermula Januari-Jun lalu, ada 40 kes aduan diterima membabitkan isu pengiklanan lesen memandu tidak sah.
APA JPJ NAK BUAT?

Sebagai langkah membanteras masalah penipuan itu, JPJ melakukan:

  • Menubuhkan jawatankuasa khas Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk membendung isu jenayah siber antara dua agensi berkenaan.
  • Tujuan utama jawatankuasa - mengkenal pasti dan mengambil tindakan membendung isu jenayah siber.
  • Jawatankuasa akan menghantar maklumat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
  • Selain itu, ada juga Jawatankuasa Khas Siasatan Dalaman (JKSD) peringkat jabatan untuk menangani isu dan aktiviti pengeluaran lesen memandu tidak sah.
SIAPA BELI LESEN TERBANG AKAN KENA:

Jangan sesekali cuba berurusniasa dengan penjual lesen terbang. Ini kerana...

  • Jika anda didapati memegang lesen memandu tanpa mengikut prosedur ditetapkan, anda akan disiasat di bawah Seksyen 114, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
  • Jika sabit kesalahan, anda boleh didenda mengikut Seksyen 108 APJ 1987, iaitu hukuman minimum denda RM5,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.
NAK BUAT ADUAN?
  • Jika mahu mengemukakan aduan, anda boleh layari laman jpj.spab.gov.my, atau e-mel: [email protected] atau [email protected]
APAKAH SYARAT UJIAN MEMANDU?

Ingat, tiada jalan pintas mendapatkan lesen memandu selain anda perlu menjalani ujian memandu mengikut prosedut ditetapkan.

  • Seksyen 29 (1)(a) menyatakan lesen memandu tidak boleh diberi kepada mana-mana pemohon, melainkan jika memuaskan hati Pengarah dengan memegang lesen percubaan (Pelekat P) selama dua tahun dan membuat permohonan dalam tempoh selepas habis tempoh itu.
  • Merujuk Kaedah 3 di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) 1992 menyatakan seseorang pemohon lesen belajar memandu, lesen memandu percubaan dan lesen hendaklah memohon dalam borang JPJL1 (Permohonan bagi lesen memandu kenderaan motor).
  • Pemandu kenderaan atau penunggang motosikal yang didapati memandu atau menunggang tanpa lesen memandu boleh dikenakan tindakan kompaun maksimum RM300 mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
  • Pemandu atau penunggang motosikal yang tiada lesen memandu berdepan risiko didakwa di mahkamah jika tidak dapat menyelesaikan kompaun dalam tempoh ditetapkan.
  • Tindakan saman juga akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan atas kesalahan membenarkan pemandu, penunggang kenderaan memandu atau menunggang kenderaan milik mereka tanpa lesen memandu.

BACA >>> Kerajaan Lanjut Tempoh Perbaharui Lesen Memandu, Lesen Kenderaan Motor Hingga 60 Hari
BACA >>> UK Rancang Lesen Memandu Berperingkat (GDL), Tidak Boleh Pandu Malam

SUMBER: SinarHarian

Related

970
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan, lesen memandu online, lesen terbang, sinar harian

Comments

  1. Jpjkentut says

    June 13, 2022 at 10:15 PM

    Dah tu jpj pon tak beragak harga yahudi. Test makan masa lagi. Siapa je nak ikut. Dulu lesen L motor kereta sama sekarang dah asing. Jpj yang banyak cekadak tu orang buat lesen terbang je

    Reply
  2. MUHAMMAD DANIAL NAIM BIN ZAINUDDIN says

    May 25, 2023 at 10:28 PM

    saya nak buat lesen

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev