• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 2]: Memandu Malam Lebih Tenang dengan Kawalan Suluh-Tinggi (HBC)

September 21, 2018 By Han Othman 7 Comments

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWALAN Suluh-Tinggi atau High-Beam Control (HBC) berfungsi mengesan kenderaan datang dari depan atau belakang dan secara automatik menukar suis lampu antara suluh-rendah (low-beam) dan suluh-tinggi (high-beam) ketika memandu malam, sekali gus memudahkan pemandu mengenal pasti bahaya.

Pemandu yang memandu malam biasanya menggunakan lampu high-beam, dan HBC akan menukar kepada low-beam sebaik saja  mengesan belakang kereta di depan atau cahaya lampu yang datang dari kenderaan depan. Bagaimanapun, HBC juga secara automatik akan bertukar kepada mod low-beam apabila kereta dipandu di kawasan bandar yang cerah atau pada kelajuan rendah di bawah 30kmj yang tidak memerlukan lampu high-beam.

BACA >>> #Mazda i-ACTIVSENSE [SIRI 1]: Bagaimana Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS) Bekerja?

Digabungkan dengan Sistem Lampu Depan Adaptif (AFS), HBC menyediakan ruang pandangan lebih luas dengan membenarkan pemandu melihat jarak lebih jauh dan mengenal pasti bahaya lebih awal. Sistem ini turut membantu pemandu memandu malam lebih tenang.

HBC mungkin tidak berfungsi seperti diharapkan akibat beberapa faktor sekeliling seperti sumber cahaya berhampiran (lampu jalan, signal trafik dan lain-lain), cuaca buruk (hujan, salji, kabus dan lain-lain) dan kondisi jalan (banyak selekoh, beralun dan lain-lain).

HBC direka untuk mengurangkan risiko kemalangan dengan menyediakan ruang pandangan yang diterangi baik. Bagaimanapun, sistem ini juga mempunyai limitasi, dan tiada sistem keselamatan atau kombinasi sistem seumpama itu mampu menghalang semua kemalangan.

Ia tetap tidak dapat menggantikan cara pemanduan selamat dan berhemat. Sila memandu berhati-hati sepanjang masa dan jangan terlalu bergantung kepada teknologi untuk mengelak kemalangan. Seperkara lagi, tidak semua sistem ditawarkan pada semua model dalam pasaran. Sila hubungan pengedar Mazda terdekat untuk mengetahui maklumat keselamatan terperinci, atau baca manual pengguna untuk tambahan butiran, had dan amaran mengenai sistem kenderaan anda.

BAGAIMANA HBC BEKERJA?

Related

186
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, ciri keselamatan kereta, HBC, High-Beam Control, Kawalan Suluh-Tinggi (HBC), mazda, Mazda i-ACTIVSENSE, Mazda Malaysia, Teknologi Keselamatan Aktif, teknologi keselamatan kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my