• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / TakDapat Gaji 3 Bulan, 1,182 Pekerja Kilang Kayu Sabah Kibar Bendera Putih

TakDapat Gaji 3 Bulan, 1,182 Pekerja Kilang Kayu Sabah Kibar Bendera Putih

July 5, 2021 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANA gaji? Itu persoalan yang bermain dalam fikiran 1,182 pekerja kilang kayu di Sipitang, Sabah hingga memaksa mereka menaikkan bendera putih memohon bantuan.

Mereka meminta supaya pihak majikan dan Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengenai status pembayaran gaji mereka yang tertunggak sejak tiga bulan lalu.

Bendera putih terpaksa dikibarkan disebabkan terputus bekalan makanan dan keperluan harian selain turut menyentuh peihal gaji mereka.

Portal Sinar Harian melaporkan, seorang pekerja, Bolin Tongoi, 55, mendakwa mereka sudah tidak menerima gaji bulanan sejak April, Mei dan Jun lalu.

BACA >>> Kempen #BenderaPutih: Rakyat Malaysia Lancar Inisiatif Bantu Golongan Terkesan Covid-19

Kami amat tertekan terutama dari segi kewangan. Walaupun ada bantuan disalurkan seperti bakul makanan tetapi kami juga memerlukan wang tunai untuk membeli keperluan lain.

"Jika gaji dibayar, sekurang-kurangnya dapatlah kami beli atau tambah apa yang diperlukan seperti lampin dan susu untuk anak-anak," katanya.

Dia berkata, semua pekerja syarikat itu mahu penjelasan berhubung status pembayaran gaji mereka.

Disebabkan tidak menerima apa-apa penjelasan ditambah pula sebelum ini kawasan kami dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), kami mula menaikkan bendera putih awal bulan ini. Semua penghuni di sini terjejas dengan keadaan ini menyebabkan kami terpaksa mengangkat bendera putih," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah, Engrit Liaw berkata, hampir 2,000 orang daripada keluarga pekerja syarikat itu terjejas akibat isu tiada gaji selama tiga bulan.

Kami sudah berusaha berhabis-habisan untuk dapatkan penjelasan daripada Kerajaan Nnegeri, termasuk Ketua Menteri dan tiga Timbalannya mengenai masalah ini.

"Namun Hingga kini tiada yang datang menjelaskan kepada pekerja berhubung status tiga bulan gaji terbabit menyebabkan pekerja dalam dilema dan akhirnya angkat bendera putih," katanya.

BACA >>> 51,500 Petugas, Pekerja Sektor Pengangkutan Mula Vaksin Hari Ini
BACA >>> Penjara, Denda Lebih RM5k Jika Dedah Lokasi Operasi Polis
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah Kerusi Kanak-Kanak yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kajian: Kesan 'Lockdown' Buat Ramai Orang UK Takut Memandu

SUMBER: SinarHarian

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bendera Putih, Engrit Liaw, Setiausaha Agung Persatuan Pekerja-Pekerja Industri Perkayuan Sabah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev