VOLKSWAGEN mengumumkan ketibaan model Polo GTI versi dipertingkat dengan menampilkan pelbagai pembaharuan pada aspek kosmetik tetapi masih mengekalkan trenkuasa sedia ada.
Bagaimanapun, Volkswagen belum mengumumkan harga bagi model pesaing kepada Ford Fiesta ST ini. Berikut perincian hot-hatch tersebut:
- Ada sentuhan rekabentuk daripada model generasi kelapan Golf dengan transformasi baharu pada rupa depan dan bampar belakang.
- Trenkuasa petrol seperti GTI sebelum ini, 4-silinder 2.0L TSI, berkuasa 204hp dan tork 320Nm @ 1,500-4,500rpm, manakala transmisi jenis dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Tiada lagi opsyen manual.
- Ada tiga mod pemanduan: Eco, Normal dan Sport. Menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan pecutan 0-100kmj mengambil masa cuma 6.5 saat.
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Lampu Depan Adaptif LED Matriks yang Perlu Anda Tahu
- Rekabentuk depan menerima lampu utama IQ Light LED matriks sebagai ciri standard dan bar lampu panjang. Bampar belakang juga diperbaharui. Polo GTI juga buat julung kali menerima set lampu signal belok dinamik.
BACA >>> #RetroAuto: Asal-Usul Kerusi Pelikat Volkswagen Golf GTI
- Ruang kabin dihidangkan dengan skrin infotainmen 8 inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard, sama seperti varian Polo Life
- Menerima tetapan papan pemuka kokpit digital baharu seperti terdapat pada Golf dan ID 3. Aksen merah turut dikenakan dalam ruang kabin. Sistem Discover Pro dan Discover Media ditawarkan sebagai opsyen.
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Rim Aloi yang Perlu Anda Tahu
- Polo GTI lebih rendah 15mm daripada Polo standard, dan ada tambahan bumbung panoramik, kawalan suara, rim aloi standard 17 inci dan opsyen 18 inci.
- Model ini juga menerima Sistem Bantuan Kembara (Travel Assist), terdiri daripada ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kekal Lorong (LKA), dan Bantuan Sisi dan Bantuan Trafik Lintas Belakang (RCTA). Ciri standard lain ialah Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Sistem Amaran Pemandu (DAS) dan Brek Automatik Pra-Pelanggaran (PCAB).
BACA >>> Volkswagen Polo (2021) Facelift Didedah, Rupa Lebih Matang, Mirip Golf!
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Bau Kereta Baharu yang Perlu Anda Tahu, Bukan Aromaterapi!
BACA >>> #TahukahAnda: Warna Minyak, Bendalir Boleh Tentukan Jenis Kebocoran Kereta
BACA >>> #RetroAuto: Proton Hasilkan 2,500 Unit Wira 1.8L DOHC (C99) Hanya untuk Masuk Rali
BACA >>> Volkswagen Beetle Klasik Kembali dengan Kuasa Elektrik?
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
SUMBER: AutoCar
Leave a Reply