BENELLI dikhabarkan sudah melengkapkan prototaip pertama sportbike 550cc yang berpotensi tinggi ditawarkan ke segmen pasaran 600cc dunia.
Segmen 600cc dunia kini dikuasai produk dengan trenkuasa 4-silinder sejak belasan tahun lalu, tetapi mula berubah dengan kemasukan produk dwi-silinder seperti naked bike Benelli Leoncino.
BACA >>> MV Agusta Pula Mahu Hasilkan Sportbike Kecil, Guna Enjin Benelli 502?
Foto bocor (atas) menunjukkan sportbike putih dipercayai buatan Benelli yang dirakam di satu lokasi di China. Model itu diyakini dibina menggunakan bantuan komponen Leoncino. Berikut maklumat didedahkan setakat ini:
- Frem utama diambil daripada naked bike itu tetapi ditukar swingarm aloi ringan untuk memenuhi versi sportbike.
- Sistem suspensi depan jenis fork terbalik (USD) Kayaba, manakala sistem brek menggunakan brek cakera kembar dengan kaliper Bosch.
- Trenkuasa dipercayai dijana enjin patuh Euro5 jenis dwi-silinder sebaris 549cc berkuasa sekitar 50hp.
- Rekabentuk motosikal dan fairing nampak seperti sportbike Jepun era akhir milenia dengan tangki minyak maskular.
- Set lampu depan nampak seperti unit projektor, manakala signal belok jenis tirus jenis LED.
BACA >>> Benelli 1200GT - Touring Gergasi 3-Silinder Sedia Cabar BMW R1250RT
BACA >>> Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?
BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 1]
BACA >>> 10 Sportbike Paling Jimat Minyak di Malaysia [SIRI 2]
SUMBER: MotorcycleNews
Leave a Reply