SUZUKI Filipina menjadi antara negara Asean paling awal menerima ketibaan model generasi ketiga Hayabusa yang dijual pada harga 1,088,000 peso (RM92,920).
Ada tiga pilihan warna ditawarkan, iaitu Glass Sparkle Black-Candy Burnt Gold (hitam-emas), Metallic Mat Sword Silver-Candy Daring Red (merah-perak) dan Pearl Brilliant White-Metallic Mat Stellar Blue (putih-biru).
BACA >>> #RetroAuto: Suzuki Hayabusa - Satu Perjalanan Hidup Legenda Superbike Terpantas
Hayabusa generasi pertama mula diperkenalkan pada 1999 dengan mencatatkan jualan 115,000 unit, manakala generasi kedua yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) mendapat tempahan lebih 74,100 unit. Jumlah terkumpul jualan kedua-dua generasi lebih 189,000 unit.
Generasi ketiga Hayabusa menerima banyak pembaharuan teknologi lebih moden dan terkini untuk memastikan keselesaan maksimum buat penunggang. Berikut perincian superbike tersebut:
BACA >>> Suzuki Hayabusa (2021) Serba Baharu (187hp, 150Nm) yang Jinak, Tapi Lebih Pantas
BACA >>> Pengeluar Itali Tamatkan Perang Hadkan Halaju Motosikal Selepas Era Hayabusa
- Trenkuasa patuh Euro5 4-lejang 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api sisi S-SFI berkuasa 187.7hp @ 9,700rpm dan tork 150Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.
- Sistem S-SFI ditala untuk hantaran kuasa dan tork lebih lancar ketika menunggang dalam halaju rendah dan sederhana.
- Saiz sistem ambilan udara dengan Suzuki Ram-Air Direct (SRAD) dipertingkat untuk menghasilkan janaan kuasa lebih baik.
- Kelajuan maksimum 299kmj.
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike
- Menggunakan teknologi terbaharu, dinamakan Sistem Tunggangan Pintar Suzuki (SIRS), terdiri daripada pakej Pilihan Mod Tunggang Suzuki-Alfa (SDMS-α) seperti berikut:
- Sistem Kawalan Traksi Trek Gerakan (MTTCS) - 10 mode + OFF)
- Pilihan Mod Kuasa - 3 mod
- Sistem Quick Shifter dwi-arah - 2 mod+OFF
- Sistem Kawalan Anti-Angkat (ALCS) - 10 mod+OFF
- Sistem Kawalan Brek Enjin (EBCS) - 3 mod+OFF
- Selain SIRS, Hayabusa baharu ini juga dilengkapi teknologi termaju seperti:
- Pengehad Kelajuan Aktif (ASL)
- Sistem Kawalan Luncur (LCS) - 3 mod
- Signal Henti Kecemasan (ESS)
- Sistem Penghidup Mudah Suzuki (SESS)
- Bantuan RPM Rendah (LRA)
- Kawalan Jelajah
- Sistem Brek Kombi (CBS)
- Brek Jejak Gerak (MTB)
- Kawalan Dependan Cerun (SDC)
- Kawalan Pegun Bukit (HHC)
- Hayabusa baharu ini turut diberikan ciri elektronik terkini seperti panel meter LCD TFT baharu, diposisikan antara dua meter analog besar (spidometer dan takometer) dengan paparan Data Aktif.
- Lampu utama multi-LED yang disusun bertikal untuk menyerlahkan imej depan lebih tajam. Bar hendal dengan konsol kawalan direka ergonomik untuk memudahkan operasi dan penggunaan.
- Lampu posisi disepadukan dengan lampu signal belok dan dipasangkan pada luaran ventilator SRAD. Lampu belakang jenis LED.
BACA >>> Suzuki Hayabusa Generasi Baharu Lancar Bulan Depan? Enjin Turbo
BACA >>> Videotomotif: Suzuki Hayabusa Tumpaskan Kawasaki Ninja H2 Bertiang-Tiang?
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia
BACA >>> Kawasaki H2R Jadi Motosikal Super Mewah di India, Harga Cecah Setengah Juta Ringgit!
SUMBER: Carmudi
Leave a Reply