DUO Yamaha Monster Energy, Fabio Quartararo dan Maverick Vinales mendominasi TT Assen sebentar tadi apabila masing-masing mendapat kedudukan pertama dan kedua.
Sementara itu, tempat ketiga pula diduduki juara musim lalu, Joan Mir (Suzuki Ecstar) yang memulakan perlumbaan dari petak ke-10.
Perlumbaan bermula dengan menyaksikan saingan sengit antara Quartararo dan Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) yang saling pintas-memintas di lap pertama. Kedua-dua pelumba itu terus bersaing rapat hingga lap keenam sebelum Quartararo menjarakkan kedudukan hingga dua saat di lap ke-10.
Ketika Quartararo terus selesa dengan jarak 3-4 saat, Bagnaia pula menerima tekanan daripada Takaaki Nakagami (LCR Honda). Bagaimanapun, harapan pelumba Ducati itu meraih podium terus terpadam apabila dikenakan penalti pusingan jauh (LLP) hingga sekadar menamatkan kedudukan di tempat keenam.
BACA >>> Bagnaia: 'Perlumbaan Tak Patut Diteruskan'
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah 'Long-Lap Penalty' dalam MotoGP?
Vinales pula bijak mengambil peluang dengan menyambar kedudukan kedua pada lap ke-16 dengan terus menjarakkan kedudukan hingga dua saat dari Johann Zarco (Pramac Ducati) dan Joan Mir di lap ke-21.
Aksi di Belanda ini juga bukan hari baik buat Ducati apabila rakan pasukan Bagnaia, Jack Miller terjatuh di lap ke-15 sebelum diumumkan terkeluar saingan di lap ke-19. Cuma Zarco pelumba Ducati paling cemerlang apabila mendapat tempat keempat, manakala rakan pasukan, Jorge Martin pun turut gagal menamatkan saingan.
PENGILANG YAMAHA CEMERLANG, PASUKAN SATELIT SURAM
Walaupun pasukan pengilang menunjukkan prestasi cemerlang, lain pula cerita pasukan satelit Petronas Yamaha SRT apabila pelumba legenda, Valentino Rossi terjatuh di selekoh ketujuh di lap kelapan, manakala pengganti Franco Morbidelli, Garrett Gerloff sekadar berpuas hati di tempat ke-17.
Marc Marquez (Repsol Honda) pula berjaya memperbaiki kedudukan ranking apabila berjaya mendapat tempat ketujuh walaupun bermula dari petak ke-20.
RED BULL KTM AJO TERUS DOMINASI MOTO2, HAFIZH KE-23
Dalam kelas Moto2, pasukan Red Bull KTM Ajo membolot kedudukan pertama dan kedua buat kali keempat musim ini menerusi duo pelumba berbakat, Raul Fernandez dan Remy Gardner di tempat pertama dan kedua. Tempat ketiga pula diduduki Augusto Fernandez (Marc VDS Racing Team).
Pelumba negara, Hafizh Syahrin (NTS RW Racing GP) menamatkan kedudukan di tempat ke-23 selepas memulakan perlumbaan dari petak terakhir.
Dalam perkembangan lain, Dennis Foggia (Leopard Racing) memenangi perlumbaan kelas Moto3 buat kali kedua musim ini, sambil diikuti rapat Sergio Garcia (Aspar Team) dan Romano Fenati (Sterilgarda Max Racing Team), kedua dan ketiga.
BACA >>> Lorenzo Teringin Nak Tengok Rossi 'Last Trial' dengan Ducati
BACA >>> Kes Covid-19 Masih Belum Turun, MotoGP Sepang Mungkin Batal?
KEPUTUSAN GP BELANDA 2021
- Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) 40m 35.031s
- Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +2.757s
- Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +5.760s
- Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +6.130s
- Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) +8.402s
- Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +10.035s
- Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) +10.110s
- Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) +10.346s
- Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +12.225s
- Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +18.565s
- Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +21.372s
- Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +21.676s
- Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +27.783s
- Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +29.772s
- Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +32.785s
- Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* +37.573s
- Garret Gerloff USA Petronas Yamaha (YZR-M1) +53.213s
- Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +1:06.791s
- Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP21) DNF
- Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) DNF
- Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) DNF
- Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) DNF
Leave a Reply