YAMAHA melancarkan MT-09 ABS dan MT-09 SP ABS (2022) untuk pasaran Jepun yang dikemas kini dari segi kosmetik dan mekanikal melibatkan enjin, frem, rim baharu dan unit unjuran inersia (IMU), manakala deruman bunyi dan gaya turut diperbaharui.
Yamaha merancang menjual 1,400 unit roadster naked itu dalam setahun untuk pasaran domestik.
Berikut perincian mengenai MT-09 ABS dan MT-09 SP ABS (2022):
- Tampil dengan rupa tajam, maskular dan agresif yang dapat dilihat pada kowl tangki minyak dengan grafik baharu, kowl bawah ekzos, pelana tungga, seksyen belakang slik, tangki minyak 14 liter tajam dan rekaan lampu utama futuristik.
- Juga ditawarkan dengan ciri seperti lampu utama LED dwi-fungsi, lampu posisi LED, panel meter TFT digital berwarna 3.5 inci, empat mod tunggangan (D-Mode), kawalan jelajah, Quick Shifter, Kawalan Traksi (TCS), klac antigelincir Assist & Slipper (A&S), unit unjuran inersia (IMU) baharu.
- Dijana enjin 4-lejang 4-injap 3-silinder sebaris 888cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 118hp @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm, dengan transmisi manual 6-kelajuan jenis klac basah multiplat.
- Sistem suspensi diuruskan unit fork terbalik (USD) 41mm KYB di depan dan monoshock Öhlins boleh laras penuh di belakang. MT-09 SP ABS mendapat fork USD warna emas.
- Sistem brek jenis dwi-brek cakera jenis radial di depan dan cakera kembar di belakang.
- Tangki minyak 14 liter, berat 189kg, tinggi pelana 825mm, jarak lega bumi 140mm.
- Tayar jenis tiubles saiz 120/70Z R17 M/C (depan) dan 180/55Z R17 M/C.
- MT-09 SP ABS akan memasuki pasaran Jepun pada 28 Julai ini, sebelum disusuli MT-09 ABS pada 26 Ogos 2021.
- Ada tiga pilihan warna untuk MT-09 ABS, iaitu Pastel Dark Gray (kelabu), Deep Purplish Blue Metallic C (biru) dan Matte Dark Gray Metallic 6 (kelabu).
- MT-09 SP ABS pula cuma menawarkan satu warna, iaitu Black Metallic X (hitam).
- Harga jualan MT-09 SP ABS ialah 1,265,000 yen (RM47,450), manakala MT-09 ABS berharga 1,100,000 yen (RM41,260).
Di pasaran Malaysia sekarang ini, MT-09 mula diperkenalkan pada Januari 2018 dan dijual pada harga RM47,388. Jangkaan kami, model edisi baharu itu dijangka menjengah pasaran tempatan tahun depan pada harga tidak jauh berbeza dengan model sekarang.
Leave a Reply