• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tayar Import Banyak Sangat, AS Nekad Pertahan Produk Tempatan

Tayar Import Banyak Sangat, AS Nekad Pertahan Produk Tempatan

June 25, 2021 By Shawkath Leave a Comment

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMBUAT tayar kenderaan di Amerika Syarikat (AS) mengalami ‘kecederaan material’ berikutan kemasukan tayar import dari tiga negara Asia iaitu Thailand, Taiwan dan Korea Selatan.

Malah tayar bersubsidi kenderaan penumpang dari Vietnam turut menjejaskan pengeluar tempatan AS. Produk tayar import dari Asia itu dibawa masuk untuk segmen kenderaan penumpang dan trak ringan.

Reuters dipetik portal Autoblog berkata, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) mengambil beberapa langkah untuk menghalang lambakan tayar import ke negara itu dengan melaksanakan:

  • Perintah duti import antilambakan ke atas produk import dari Taiwan, Thailand dan Korea Selatan.
  • Duti timbal balas dikenakan ke atas tayar import dari Vietnam.

Jabatan Perdagangan AS enggan memberikan komen mengenai tindakan itu. ITC juga mendapati tayar Vietnam dijual pada harga lebih rendah daripada nilai pasaran wajar (fair value).

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Perkara Tentang Tayar Donat yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Tayar Kereta Kekal Tip-Top? Ikut Tip Mudah Ini

BAGAIMANAKAH KES BERMULA?

  • Pada tahun lalu, Jabatan Perdagangan AS membuka siasatan mengenai tayar kenderaan import dari Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam berikutan petisyen difailkan United Steelworkers (USW) yang mewakili pekerja kilang tayar AS.
  • Kesatuan pekerja pernah menang kes sebelum ini dan arahan dikenakan ke atas tayar kenderaan import dari China pada 2015. 
  • Apabila import dari China jatuh mendadak, pemain industri tempatan membuat pelaburan menambah pengeluaran.
  • Jumlah import tayar AS bernilai AS$4.4 bilion (RM18.28 bilion) dari empat negara (Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Vietnam) pada 2020.
  • Menurut USW, tayar import dari empat negara itu meningkat 20 peratus sejak 2017 hingga mencapai 85.3 juta tayar pada 2019.
  • USW mewakili pekerja di kilang Michelin, Goodyear, Cooper, Sumitomo dan Yokohama di Ohio, Arkansas, Carolina Utara, Kansas, Indiana, Virginia, New York dan Alabama.

BACA >>> Kajian: Tayar Baharu UK Kini Wajib Ada Label Rating, Ramai Pengguna Tidak Tahu
BACA >>> Tayar Boleh Tercabut, Ford Panggil Balik Trak Super Duty (2021)
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan 4 Jenis Tayar Haus

SUMBER: AutoBlog

Related

394
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Amerika Syarikat, Auto Terkini, Berita Antarabangsa, berita global, Isu Tayar Vietnam, Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC), Tayar, Tayar Import

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev