• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi: "Susah Aku Nak Race Tahun Depan Walaupun Pasukan Sendiri"

Rossi: "Susah Aku Nak Race Tahun Depan Walaupun Pasukan Sendiri"

June 27, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERSOALAN mengenai jentera apakah bakal digunakan pasukan VR46 dalam MotoGP akhirnya terjawab apabila pasukan itu mengumumkan sudah mencapai persetujuan dengan Ducati selama tiga tahun. 

Kini, satu lagi soalan masih belum terjawab iaitu adakah pemilik pasukan, Valentino Rossi bakal mengisi satu slot pelumba pasukannya memandangkan kontraknya dengan Petronas SRT juga berkemungkinan besar tidak disambung.

BACA >>> Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?
BACA >>> Petronas SRT Mula Cari Pengganti Rossi, Morbidelli Akan Dapat Jentera Kilang?

rossi le mans 2021
rossi-crash-gp-portugal-2021-3

Disoal mengenai hal ini semalam, Rossi masih tidak dapat membuat sebarang keputusan mengenai hal tersebut. Dia masih menunggu waktu rehat musim panas ini untuk berfikir lebih mendalam dan pada masa sama berbincang dengan Yamaha mengenai masa depannya.

Aku masih belum buat keputusan lagi. Tapi kalau tengok prestasi aku setakat ini, sangat susah untuk aku race tahun depan.”

Rossi berkata, sangat sukar untuk dia beraksi lagi musim depan walaupun Putera Saudi, yang juga pemilik Aramco sebagai penaja utama pasukan VR46 mahu melihatnya menunggang Ducati.

VR46 PILIH DUCATI KERANA BANYAK PERSAMAAN

Dalam hal lain, pelumba legenda itu turut mendedahkan alasan memilih Ducati berbanding pengilang lain. Rossi berkata, pasukan VR46 awalnya mengadakan rundingan dan mendapat banyak tawaran daripada pengilang, tetapi akhirnya hanya Yamaha dan Ducati jadi dua pilihan terakhir.

Menurutnya, banyak perkara harus dipertimbangkan dalam pemilihan jentera seperti kos dan lain-lain. Akhirnya, Ducati dipilih kerana pengilang itu mempunyai perancangan baik, jentera kompetitif dan ada perancangan sama, iaitu mahu membangunkan pelumba Itali.

BACA >>> Lorenzo Teringin Nak Tengok Rossi 'Last Trial' dengan Ducati
BACA >>> Petronas SRT Berminat Ambil Fernandez Ganti Rossi

SUMBER: MotoGP.com

Related

631
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: aramco, Aramco Racing Team VR46, Ducati, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, VR46, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev