• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Rossi Akui Yamaha M1 Susah Bersaing Jika Tidak Bermula Dari Depan

Rossi Akui Yamaha M1 Susah Bersaing Jika Tidak Bermula Dari Depan

June 23, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

BIARPUN menunjukkan peningkatan ketika ujian Catalunya dua minggu lalu, harapan pelumba legenda, Valentino Rossi untuk menampilkan persembahan baik di Sachsenring tidak menjadi kenyataan.

Pelumba Petronas Yamaha SRT itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 selepas terperangkap dalam kumpulan pertengahan yang menutup peluangnya untuk memperbaiki kedudukan.

BACA >>> Marquez Masih 'Raja Sachsenring' Juara 11 Tahun Berturut-Turut!
BACA >>> Satu Slot VR46 Masih Kosong, Mungkinkah Rossi Berlumba untuk Pasukan Sendiri?

Mengulas mengenai perlumbaan minggu lalu, Rossi mengatakan dia mempunyai cengkaman dan mencatatkan masa pusingan baik sebelum perlumbaan namun semuanya menjadi lebih sukar ketika perlumbaan sebenar bermula. 

Rossi turut mengatakan masa dicatatkannya ketika perlumbaan adalah antara yang terpantas terutamanya apabila dia berada di jalan kosong dan tidak diganggu pelumba lain. 

MORBIDELLI, VINALES TURUT ALAMI MASALAH SAMA

Bukan Rossi sahaja yang mengalami kesukaran. Malah, pelumba Yamaha lain seperti rakan pasukan, Franco Morbidelli dan Maverick Vinales di pasukan pengilang juga menghadapi masalah sama apabila masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ke-18 dan 19.

Rossi sendiri mengakui perkara ini dan mengatakan bahawa jika Yamaha tidak bermula di depan, perlumbaan akan menjadi sukar kerana mereka perlu menunggang dengan cara berbeza apabila berhadapan pelumba lain. 

‘Bila ada motor lain kat depan, kitorang tak boleh guna kekuatan motor M1 dan itu membuatkan situasi sukar. Dahlah kat jalan straight motor ni slow gila.”

Rossi turut mengambil prestasi cemerlang Quartararo sebagai contoh. Dia mengkagumi prestasi hebat pelumba muda Perancis itu musim ini dan mengandaikan pelumba itu berjaya mengatasi masalah Yamaha. Kebolehan Quartararo untuk sentiasa berada di depan juga membuatkan dia tidak terlalu terkesan dengan kelemahan Yamaha M1.

BACA >>> Vinales Tak Ada Jawapan Punca Dapat Tempat Terakhir Semalam
BACA >>> Honda RC213V Cuba Tiru Yamaha M1?

SUMBER: Bikesportnews.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Fabio Quartararo, franco morbidelli, Maverick Viñales, Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha Monster Energy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev